teks ucapan kejohanan merentas desa

MAJLIS KEJOHANAN MERENTAS DESA

-Bismillahirahmannirahim, dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengahasihani.
-Assalamu’alaikum w.b.k, salam sejahtera,  dan salam sehati sejiwa.

Pohon meranti tumbuh di lurah,
                                                            Terbang terkukur ke tengah bendang,
                                                Merentas desa  berakhir sudah,
                                                            Penutup majlis tetamu diundang,      

                                                Anak raja pergi berdagang,
                                                            Pengikut sekeliling berdiri teguh,
                                                Sukan umpama satu gelanggang,
                                                            Tempat bertarung mencari jaguh.
                                               

Yang Berbahagia, En Mazlan Bin Yusof, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha

Yang Berusaha Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua, SMK Dato’Mohd Taha.

Yang Dihormati, AJK PIBG SMK Dato’ Mohd Taha.

Yang Dihormati, Guru-Guru Penolong Kanan

Yang Dihormati, Ketua-Ketua Bidang.

Yang Dihormati, Ahli Jawatankuasa Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Tuan-tuan, puan-puan, dan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi.


Alhamduillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana, dengan limpah kurnia,  taufik dan keizinanNya jua, majlis yang direncanakan  telah  dapat sama-sama kita jayakan pada hari ini .

Saya bagi pihak majlis, terlebih dahulu mengalu-alu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia En Mazlan Bin Yusof, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis pada hari ini.

Pergi ke hutan memburu rusa,
                                                Rusa diburu hingga ke muara,
                                    Wahai pelajar tingkatkan usaha,
                                                SMKDMT di pentas juara,

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat

Pihak majlis dengan segala hormat, menjemput  Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif  untuk memimpin bacaan doa’.

            BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada  Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif  atas kesudian memimpin bacaan doa’.

                                    Selasih putih tumbuh melata,
                                                Dijadikan bahan membuat jamu,
                                    Budi bahasa budaya kita,
                                                Mengungkap bicara menyanjung tetamu.

Sebagai pembuka tirai majlis pada petang ini, saya bagi pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dijemput dengan segala hormat.

UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha atas kesudian menyampaikan ucapan.

                                    Nyiur manis lebat setandan,
                                                Santannya lemak dimasak pengat,
                                    Sudilah tuan  tampil ke depan,
                                                Mengatur bicara menyampai amanat,

Majlis dengan sukacitnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, En Mazlan Bin Yusof, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan.

UCAPAN YDP

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mazlan Bin Yusof kerana sudi menyampaikan ucapan.


Baju kebaya kerongsangnya lima,
Dipakai oleh si dara sunti,
Senarai pemenang sudah kuterima,
Kalungan pingat dinanti-nanti.

Kini tiba masanya MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Mazlan Bin Yusof, YDP PIBG SMK Dato’ Mohd Taha untuk mengalungkan pingat kepada para pemenang.

            SENARAI PEMENANG

Pihak majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia  En Mazlan Bin Yusof , atas kesudian mengalungkan pingat kepada para pemenang.


Majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha dengan diiringi…………………………………… , mengalungkan pingat kepada atlet- atlet yang berjaya.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


Pihak majlis merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar kerana telah sudi mengalungkan pingat kepada pemenang

CENDERAMATA
Burung tiong burung kelicap,
                                                            Berkicau-kicau di dalam hutan,
                                                Tiada kata dapat diucap,
                                                            Hanya cenderamata buat ingatan

Dijemput dengan segala hormat, Yang Berusaha, Tuan Haji  Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan, Yang Berbahagia En Mazlan Bin Yusof, YDP PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  untuk menerima cenderamata.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar yang telah sudi  menyampaikan cenderamata.

Yang Berhormat Dato’, tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang dikasihi

Setiap yang bermula akan berakhir,
Pohon teratai tidak berduri,
                                                                        Tempat hinggap siburung murai,
                                                            Hadirin hadirat sila berdiri,

                                                                        Lagu negaraku menutup tirai.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan