teks ucapan majlis pelancaran program kem membaca 1 malaysia & one nation reading

Teks ucapan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together Peringkat Sekolah
Tumbuh melata si pucuk paku,
Diambil oleh dara berlima,
Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,
Kita nyanyikan bersama-sama.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri,mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Terima Kasih, dipersilakan  hadirin dan hadirat duduk.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha,
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together peringkat sekolah bagi tahun 2012 pada pagi ini.
Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar sekalian,
Majlis Pelancaran pada pagi ini sebenarnya bertujuan untuk menyemai tabiat suka membaca dalam kalangan warga SMKDT. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini yang pengisian utamanya “membaca” akan mampu melahirkan warga sekolah yang minat membaca.
Baiklah , tanpa melengahkan masa lagi saya dengan sukacitanya menjemput saudari.................................................untuk menyampaikan ucapan wakil pelajar. Dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dijemput dengan segala hormat , Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha yang telah sudi merasmikan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together Peringkat Sekolah Tahun 2012.

Rakyat Malaysia pelbagai budaya,
Hubungan baik kita eratkan,
Variasi bangsa rencam budaya,
 Short Story Play kami sajikan.

Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar sekalian,
Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan Short Story Play “ The Boscombe Valley Mystery”  yang akan dipersembahkan oleh pelajar- pelajar tingkatan 1 Anggerik. Dipersilakan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar 1 Anggerik yang telah membuat persembahan.
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan program “Bicara Buku” . Bagi tujuan itu saya bagi pihak majlis mempersilakan  saudari......................................................................................................untuk memperkenalkan buku-buku baharu yang boleh dijadikan bahan bacaan  di samping menambahkan  ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah melayu “ banyak membaca luas pengetahuan”. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudari.......................................................................................

Baiklah, kini kita beralih ke aktiviti “Membaca Bersama , One Nation Reading Together”.
Para guru dan pelajar diminta membaca secara senyap petikan yang telah diedarkan tadi sebelum segmen “Uji Minda” dibuat . ( PELAJAR BACA SECARA SENYAP )

Baiklah, soalan uji minda akan dikemukakan, pelajar-pelajar diminta memberikan perhatian.
SOALAN

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya menjawab  soalan. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, teruskan usaha anda.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.


Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.


Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah hitaufik walhidayah.............

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa