teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Patriotisme
Peringkat Sekolah

Sambut merdeka sekali setahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 58 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara


Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa
Yg Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha,
Yang Dihormati Tn Hj Mohd Isa B. Abd Wahab, Guru Penolong Kanan Akademik
Yg Dihormati En  Muzafar Noor   B. Muris,  GPK HEM.
Yg Dihormati En Kew Cee Kim, GPK KoKurikulum
Yg Dihormati Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan  Bulan Patriotisme  peringkat sekolah bagi tahun 2015 pada pagi ini.
Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Patriotisme pada tahun ini..

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan
doa.

Disana-sini tembakan berbunyi,
Capai merdeka penuh berliku,
Marilah bersama kita menyanyi,
Lagu pertiwi lagu negaraku.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri, mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu negaraku.
Terima Kasih, dipersilakan, hadirin dan hadirat duduk.
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Patriotisma.
Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan  Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Abu Bakar, Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
BACA SENARAI NAMA PEMENANG.
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Abu Bakar atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tuan pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tuan Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar,  Pengetua  SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah tahun 2015.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Tuan Hj  Murtaza  Bin Hj Abu Bakar atas kesudian menyampaikan ucapan dan menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Kini tibalah masanya kita untuk bersama-sama menyanyikan  lagu-lagu patriotik. Diminta semua guru dan pelajar berdiri dan bersedia untuk menyanyi bersama-sama.
LAGU “KERANAMU MALAYSIA”
LAGU “BERJAYA”


 Terima kasih diucapkan kepada semua.
Sambutan Kemerdekaan terlaksana sudah,

Semoga tercapai matlamat dicita. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks ucapan kejohanan merentas desa