Posts

teks ucapan pibg

Image
MASA PERKARA 2.45  Petang MUSTAZA 2.55 Petang MARHIDA Ketibaan Tetamu Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Kebesaran Negeri Sembilan             Merdu suara burung kenari,                         Pungguk menyanyi di balik tirai,             Pohon kerjasama hadirin berdiri,                         Lagu Negaraku pembuka tirai. Mohon semua hadirin bersedia dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan “Lagu Negaraku” dan lagu kebesaran Negeri Sembilan. Terima kasih diucapkan,  dipersilakan Yang Berhormat  dan hadirin-hadirat mengambil tempat masing-masing. Bismillah... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Assalamualaikum..., salam sejahtera, selamat petang, dan salam sehati sejiwa. Daun kunyit dihiris

teks ucapan pesta muzik

Teks Ucapan Pesta Muzik Peringkat Daerah Tampin 2018 Bahagia meniti indah disanjung, Mengerat syahdu menyusun irama, Lagu negaraku sentiasa disanjung, Mari nyanyikan bersama-sama Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk bersedia dan menyanyikan bersama-sama lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku. ( NYANYIAN LAGU NEGARAKU ) Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Yang Berbahagia Tuan  Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin. Yang Berusaha Tn Zainal Bin Sabu, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha. Yang Dihormati Pengetua-Pengetua, wakil wakil pengetua, Yang Dihormati guru-guru pengiring ,  para peserta Pertandingan Pesta Muzik Daerah Tampi

teks ucapan LDP

Bismillah……………………………. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Assalamualaikum w.b.k, Salam Sejahtera,  dan Salam Satu Malaysia.             Istana dibina sebelas tingkat,                         Raja-raja Melayu kita temukan,             Sama kata sama sepakat,                         Majlis Ilmu kita jayakan. Sayang selasih di Bukit Dulang,                                 Berkepul asap dari jerami,       Terima kasih berulang-ulang,                                      Kerana sudi ke majlis kami.    Mawar di taman mekar nan indah             Harum mewangi di rumpun serai Terukir senyuman pembuka kalimah             Selamat datang puan dirai             Yang Berbahagia, Puan Heng Jee Soon, SIP + PPD Tampin Yang Berusaha Puan Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Pentadbiran. Yang Dihormati, Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif, GPK HEM, Pn Salmiah Bt Salikin,  GPK Kokurikulum, Barisan Ketua Bidang dan rakan-rakan guru sekalian

teks ucapan karnival koko

TEKS UCAPAN KARNIVAL KOKO Bismillah…………………….. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani Assalamualaikum……………..  ,  Salam Sejahtera  dan Salam Sehati Sejiwa Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara Yang Berbahagia, En Mohd  Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dao’ Mohd Taha Yang Berusaha, Tn Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha Yang Dihormati barisan guru penolong kanan, Ketua-ketua bidang , rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah terlebih dahulu sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt. kerana dengan limpah kurnia, hidayah dan taufikNya jua, kita semua telah diberikan  kekuatan dan kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada pagi ini,  bagi menyempurnakan  program  Karnival Kokurukulum Peringkat Sekolah bagi tahun 2019. Saya bagi pihak majlis, terlebih dahulu mengambil