Posts

Showing posts from September, 2017

teks ucapan majlis pelancaran program kem membaca 1 malaysia & one nation reading

Teks ucapan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together Peringkat Sekolah Tumbuh melata si pucuk paku, Diambil oleh dara berlima, Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku, Kita nyanyikan bersama-sama. Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri,mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Terima Kasih, dipersilakan  hadirin dan hadirat duduk. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha, Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah ... Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menj

teks ucapan majlis jamuan akhir tahun guru dan staf

Teks Ucapan Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf Sek Men Keb Dato’ Mohd Taha Ketibaan Tetamu VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji  Abu, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia Haji Hamzah Bin Haji  Abu, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin. Yg Berbahagia En Mazlan Bin Yusuf, Pengerusi PIBG Sek. Men.Keb. Dato’ Mohd Taha Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha,. Yg Dihormati  Guru- Guru Penolong Kanan, barisan Ketua Bidang dan seterusnya rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah ... Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan

teks ucapan bantuan awal persekolahan

Teks Ucapan Majlis Bantuan Awal Persekolahan  Peringkat Sekolah Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat  Tn Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh. Orang Johor menari zapin, Tarian zapin warisan lama, Membantu rakyat misi pemimpin, Beban rakyat dipikul bersama. Bahagia meniti indah disanjung, Mengerat syahdu menyusun irama, Lagu negaraku sentiasa disanjung, Mari nyanyikan bersama-sama Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk bersedia dan menyanyikan bersama-sama lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku. ( NYANYIAN LAGU NEGARAKU ) Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, Ahli Dewa

teks ucapan kejohanan merentas desa

MAJLIS KEJOHANAN MERENTAS DESA -Bismillahirahmannirahim, dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengahasihani. -Assalamu’alaikum w.b.k, salam sejahtera,  dan salam sehati sejiwa. Pohon meranti tumbuh di lurah,                                                             Terbang terkukur ke tengah bendang,                                                 Merentas desa  berakhir sudah,                                                             Penutup majlis tetamu diundang,                                                       Anak raja pergi berdagang,                                                             Pengikut sekeliling berdiri teguh,                                                 Sukan umpama satu gelanggang,                                                             Tempat bertarung mencari jaguh.                                                 Yang Berbahagia, En Mazlan Bin Yusof, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha Yang Be

teks ucapan majlis perasmian kempen anti buli

Teks ucapan Majlis Perasmian Kempen Anti Buli Sekolah-Sekolah Berasrama Peringkat Sekolah tahun 2017 Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yg Berusaha  Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha. Yang Berbahagia Sarjan Mejar Abd Karim Bin Hj Abd Rashid, Ketua Polis Balai Gemencheh. Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan pelajar-pelajar yang  dikasihi sekalian. Alhamdulillah ... Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Perasmian Kempen Anti Buli  Sesolah-Sekolah Berasrama peringkat sekolah bagi tahun 2017  pada pagi ini. Terlebih dahulu, saya bagi pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih ke

teks ucapan majlis tilawah al-quran ( MTAQ )

Bismillah ……. Assalamualaikum w.b…… Selamat tengah hari dan selamat sejahtera --Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas. --Yang Berbahagia Tn.Hj.Zainuddin bin Mohd Yusof mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau. --Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha, merangkap Pengerusi Pengelola, Majlis Tilawah Al-Quran, Peringkat Daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan dengan tahun 2006 masihi. -- Yang Berusaha Ustaz Suhaimi bin Mohd Isa, Penolong Pengarah JQAF Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus -- Yang dihormati Pengetua-pengetua -- Yang dihormati Guru - Guru Besar -- Yang dihormati wakil-wakil Pengetua, wakil-wakil Guru Besar -- Yang dihormati Guru-guru Pengiring, para peserta Majlis Tilawah Al-Quran, tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang dikasihi. * Alhamdulillah, maril