teks ucapan majlis pelancaran program kem membaca 1 malaysia & one nation reading
Teks ucapan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One
Nation Reading Together Peringkat Sekolah
Tumbuh melata si pucuk paku,
Diambil oleh dara berlima,
Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,
Kita nyanyikan bersama-sama.
Pohon kerjasama kepada semua
hadirin , berdiri,mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Terima Kasih, dipersilakan hadirin dan hadirat duduk.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara
Bismilllah........................
Assalamualaikum
.......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon,
Pengetua SMK Dato Mohd Taha,
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong
Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama
kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik
dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Pelancaran Program Kem
Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together peringkat sekolah bagi
tahun 2012 pada pagi ini.
Tuan-tuan dan puan-puan serta
rakan pelajar sekalian,
Majlis Pelancaran pada pagi ini
sebenarnya bertujuan untuk menyemai tabiat suka membaca dalam kalangan warga
SMKDT. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini yang pengisian utamanya “membaca”
akan mampu melahirkan warga sekolah yang minat membaca.
Baiklah , tanpa melengahkan masa
lagi saya dengan sukacitanya menjemput
saudari.................................................untuk menyampaikan
ucapan wakil pelajar. Dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan
penghargaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Dijemput dengan segala hormat ,
Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan
penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK
Dato Mohd Taha yang telah sudi merasmikan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca
1 Malaysia & One Nation Reading Together Peringkat Sekolah Tahun 2012.
Rakyat Malaysia pelbagai budaya,
Hubungan baik kita eratkan,
Variasi bangsa rencam budaya,
Short Story Play kami sajikan.
Tuan-tuan dan puan-puan serta
rakan pelajar sekalian,
Seterusnya marilah sama-sama kita
saksikan persembahan Short Story Play “ The Boscombe Valley Mystery” yang akan dipersembahkan oleh pelajar- pelajar
tingkatan 1 Anggerik. Dipersilakan.
Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada pelajar-pelajar 1 Anggerik yang telah membuat persembahan.
Majlis pada pagi ini diteruskan
lagi dengan program “Bicara Buku” . Bagi tujuan itu saya bagi pihak majlis
mempersilakan saudari......................................................................................................untuk
memperkenalkan buku-buku baharu yang boleh dijadikan bahan bacaan di samping menambahkan ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah melayu “ banyak
membaca luas pengetahuan”. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
saudari.......................................................................................
Baiklah, kini kita beralih ke aktiviti
“Membaca Bersama , One Nation Reading Together”.
Para guru dan pelajar diminta
membaca secara senyap petikan yang telah diedarkan tadi sebelum segmen “Uji
Minda” dibuat . ( PELAJAR BACA SECARA SENYAP )
Baiklah, soalan uji minda akan
dikemukakan, pelajar-pelajar diminta memberikan perhatian.
SOALAN
Tahniah diucapkan kepada pelajar
yang telah berjaya menjawab soalan.
Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, teruskan usaha anda.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.
Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian majlis pada pagi ini.
Wabillah hitaufik walhidayah.............
Comments
Post a Comment