Teks ucapan majlis perpindahan

Teks ucapan Majlis Perpindahan 

Ketibaan pegawai yang diraikan
Mengumumkan ketibaan  Yang Diraikan  Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif )

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Yang Diraikan   Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif, GPK Hal Ehwal Murid,
Yg Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu , Pengetua SMK Dato Mohd Taha.
Yg Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, barisan,  guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan  limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis  Perpisahan   Pn Hajah Normala Bt Mohd Sharif , GPK Hal Ehwal Murid  pada pagi yang mulia  ini.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif  sepanjang perkhidmatan sebagai GPK HEM di SMK Dato’ Mohd Taha yang hampir 2 tahun.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Dijemput dengan segala hormat,  al fadil Ustaz Mohd    Zamsul Bin Abd Latif  untuk memimpin bacaan doa.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada  al fadil Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif  atas kesudian  memimpin bacaan doa.

Dinihari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Pengerusi Kelab Guru  kita persilakan,
Menyampai bicara kata ucapan.

Dijemput dengan segala hormatnya En Rosli Bin Hamzah Bin Rosli, Pengerusi Kelab Guru SMK Dato’ Mohd Taha untuk  menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU
Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En Rosli Bin Hamzah Bin Rosli, Pengerusi Kelab Guru SMK Dato’ Mohd Taha yang telah sudi meyampaikan ucapan.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Duhai pahlawan Kesatria pertiwi,
Hulurkan ucapan buat dirai.

Dijemput dgn segala hormatnya, Yg Berusaha  Tuan Zainal Bin Sabu,  Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
UCAPAN PENGETUA
Pihak majlis merakamkan  ucapan terima kasih kepada Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato Mohd Taha atas kesudiaan menyampaikan ucapan.


Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mersa satukan jiwa

Rindu bayangan hati gelisah
Jiwa merindu hati tak tenang
Hari esok  kita berpisah
Jasa puan tetap dikenang

Seterusnya inilah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Hajah Normala Bt Mohd Sharif, GPK HEM SMK Dato’ Mohd Taha.  Dipersilakan.

UCAPAN PN HJH NORMALA BT MOHD SHARIF

Kapal berlabuh ditepi jeti,
Bunga cina di dalam taman,
Amanat didengar disemat dihati,
Sepanjang hayat jadi pedoman.

Disini kasih kita bersemi
Tiba masanya melangkah pergi
Seuntai kasih sekalung budi
Atas sumbangan jasa dan bakti.

Terima kasih diucapkan kepada  Puan Hajah Normala Bt Mohd Sharif, GPK HEM SMK Dato’ Mohd Taha atas kesudian menyampaikan ucapan.


Burung tempua di atas dahan,
Dahan jatuh dihimpap rotan,
Setiap pertemuan ada perpisahan,
Hadiah diberi tanda ingatan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput  Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ MohdTaha untuk menjemput dan mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Normala Bt Mohd Sharif untuk menerima hadiah dan cenderahati tanda ingatan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

IKUT SENARAI PEMBERI HADIAH


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua.

Tuan Puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bertemu lagi.

Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian “ Majlis Perpisahan Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif”
Sesi Bergambar Kenang-Kenangan



Comments

Popular posts from this blog

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa