teks ucapan majlis perasmian kempen anti buli

Teks ucapan Majlis Perasmian Kempen Anti Buli
Sekolah-Sekolah Berasrama Peringkat Sekolah tahun 2017

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yg Berusaha  Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha.
Yang Berbahagia Sarjan Mejar Abd Karim Bin Hj Abd Rashid, Ketua Polis Balai Gemencheh.
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan pelajar-pelajar yang  dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Perasmian Kempen Anti Buli  Sesolah-Sekolah Berasrama peringkat sekolah bagi tahun 2017  pada pagi ini.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Sarjan Mejar Abd Karim Bin HJ Abd Rashid atas kesudian meluangkan masa menerima jemputan kami pada pagi.



Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tetamu jemputan  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berbahagia Sarjan Mejar Abd Karim Bin Hj Abd Rashid, Ketua balai Polis Balai Gemencheh untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Kempen Anti Buli  Sekolah-Sekolah Berasrama Peringkat Sekolah tahun 2017.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN SARJAN MEJAR
Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang  Berbahagia Sarjan Mejar Abd Karim Bin Hj Abd Rashid atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pada pagi ini.

Indah suasih cantik tersemi
Lalu dipetik bawa ke kuala
Majlis kini sudah dirasmi,
Gimik pelancaran menyusul pula.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yg Berusaha  Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha untuk mengiringi Yang Berbahagia Sarjan Mejar Abd Karim Bin Hj Abd Rashid, Ketua Polis Balai Gemencheh untuk bersama-sama melancarkan gimik pelancaran Kempen Anti Buli  Sekolah-Sekolah Berasrama Peringkat Sekolah tahun 2017.
Dipersilakan.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.



-Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah.................-

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa