teks ucapan bantuan awal persekolahan

Teks Ucapan Majlis Bantuan Awal Persekolahan
 Peringkat Sekolah

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat  Tn Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.

Orang Johor menari zapin,
Tarian zapin warisan lama,
Membantu rakyat misi pemimpin,
Beban rakyat dipikul bersama.

Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat syahdu menyusun irama,
Lagu negaraku sentiasa disanjung,
Mari nyanyikan bersama-sama

Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk bersedia dan menyanyikan bersama-sama
lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku.

( NYANYIAN LAGU NEGARAKU )

Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara


Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.
Yg Berusaha Tn Hj Murtaza  Bin Hj Abu Bakar, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha.
Yang Dihormati En Mazlan Bin Yusuf , Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha.
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Dato’ Mohd Taha ,
Guru-guru, tuan-tuan dan puan- puan, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Bantuan Awal Persekolahan peringkat sekolah pada hari ini. Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran  Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis  yang bermakna  ini . Kehadiran Yang Berhormat  Tuan jelas menunjukkan keprihatinan dan  komitmen yg tinggi daripada Tuan meskipun sibuk dengan tugas.

Yang Berhormat Tuan, Hadirin dan hadirat yang dihormati.
Bantuan Awal Persekolahan yang telah menjadi salah satu agenda kerajaan dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sememangnya dapat meringankan perbelanjaan  para ibu bapa dalam menguruskan perbelanjaan anak-anak. Semoga hasrat murni ini mampu mencapai matlamatnya.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif  untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan doa.

Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tuan Pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
( UCAPAN TUAN PENGETUA )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kpd Yang  Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar kerana  telah sudi menyampaikan ucapan. 

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput  Yang  Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh untuk menyampaikan ucapan .Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(UCAPAN YG BERHORMAT ADUN )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang  Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh kerana telah sudi menyampaikan ucapan.




PENYAMPAIAN HADIAH &  BANTUAN RM100

Yang berhormat Tuan, hadirin  dan hadirat .
-          Sekarang kita beralih ke  penyampaian  hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga  bagi semua kategori dalam acara Merentas Desa yang telah pun berlangsung pagi tadi.

-          Untuk itu  dijemput , Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato Mohd Taha menjemput, mengiringi dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh untuk  menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

SENARAI PENERIMA PELAJAR  (Rujuk lampiran )

-          Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini memberi motivasi untuk terus cemerlang dalam lapangan sukan.

-          Sekarang kita beralih ke  penyampaian bantuan awal persekolahan   kepada para pelajar yang layak.


                SENARAI PENERIMA PELAJAR  (Rujuk lampiran )

-          Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh  atas kesudian menyampaikan hadiah dan bantuan kepada para penerima.


Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

 Pihak majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan utk  
menikmati jamuan ringan yg disediakan . Dipersilakan.


Sekian majlis pada hari  ini. Wabillah.................

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa