teks ucapan majlis jamuan akhir tahun guru dan staf

Teks Ucapan Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf
Sek Men Keb Dato’ Mohd Taha

Ketibaan Tetamu VIP
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji  Abu, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia Haji Hamzah Bin Haji  Abu, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.
Yg Berbahagia En Mazlan Bin Yusuf, Pengerusi PIBG Sek. Men.Keb. Dato’ Mohd Taha
Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha,.
Yg Dihormati  Guru- Guru Penolong Kanan, barisan Ketua Bidang dan seterusnya rakan-rakan guru
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita berkumpul pada petang ini untuk menjayakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf Sek Men Keb Dato’ Mohd Taha tahun 2012.

Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran  Yang Berbahagia Haji Hamzah Bin Haji  Abu, Pegawai Pelajaran Daerah kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis pada petang  yang indah ini. Kehadiran Yang Berbahagia PPD pada petang  ini jelas menunjukkan keprihatinan dan sokongan  yang tinggi dari Yang Berbahagia PPD   terhadap apa-apa saja program yang dijalankan oleh SMKDMT.

Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis pada petang ini merupakan majlis tahunan yang dikelolakan oleh barisan Jawatankuasa Kelab Guru SMKDMT yang diterajui oleh En Mohd Yassin Bin Mahoon. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi  penghargaan kepada semua warga pendidik dan staf sokongan SMKDMT atas semua khidmat bakti sepanjang kita bekerja bersama-sama bagi tahun 2012 ini. Mudah-mudahan sokongan yang ditunjukkan akan diteruskan bagi memastikan SMKDMT dikenali dan dihormati.

 Gulai tempoyak udang galah
Makan berulam bunga kantan
Dipanjatkan doa kehadrat Allah
Agar majlis dapat keberkatan

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Shamnun Bin  Md Yusop  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Shamnun Bin Md Yusop   kerana telah sudi memimpin bacaan doa.

Malam raya memasng pelita
Berguran senda sanak saudara
Juadah terhidang di depan mata
Marilah bersama menjamu selera
  Dipersilakan semua tetamu, para guru dan staf sokongan untuk menjamu selera.

Hadirin- hadirat sekalian,
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan acara memotong kek. Untuk itu, dipersilakan Yang Berbahagia PPD, Pn Heng Jee Soon, En Mazlan Bin Yusuf dan En Mohd Yassin Bin Mahoon untuk menyempurnakan acara memotong kek. Dipersilakan.

UCARA MEMOTONG KEK BERLANGSUNG

Majlis diteruskan dengan menjemput En Mohd Yassin Bin Mahoon, Pengerusi Kelab Guru SMKDMT sesi 2011/2012 untuk menyampaikan sepatah dua kata, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Yassin Bin Mahoon, Pengerusi Kelab Guru SMKDMT kerana telah sudi menyampaikan ucapan.

Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah Puan tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan.

Dijemput dgn segala hormatnya , Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha yg telah sudi menyampaikan ucapan.



Besar langit ditepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput Yg Berbahagia Tuan Hj  Hamzah Bin Hj Abu  , Pegawai Pelajaran Daerah Tampin utk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kpd Yg Berbahagia Tn Haji Hamzah Bin Abu  yg telah sudi menyampaikan ucapan. 

Baiklah, kini tiba kita ke acara yang ditungu-tunggu, iaitu cabutan bertuah
Dijemput .....................................utk mencabut undi dan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada yang berjaya . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan  penghargaan terima kasih kpd ...................................................................Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya jangan bersedih.

Yang Berbahagia PPD, hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis seterusnya menjemput Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan hadiah kepada rakan sekerja kita yang telah berpindah dan berkhidmat di tempat baru. .Dipersilakan.

Di jemput En Affendi Bin Mohd Nor untuk menerima hadiah. Dipersilakan.
Seterusnya dipersilakan Pn Nor Lela untuk tampil menerima hadiah.



PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA HARI GURU.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha menjemput, mengiringi dan mempersilakan Yg Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Hj Abu ,  Pegawai Pelajaran Daerah Tampin utk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dipersilakan.

Senarai nama pemenang

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Tn Hj Hamzah Bin Abu  kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.

Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.


Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah.................

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa