teks ucapan pesta muzik

Teks Ucapan Pesta Muzik Peringkat Daerah Tampin 2018

Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat syahdu menyusun irama,
Lagu negaraku sentiasa disanjung,
Mari nyanyikan bersama-sama

Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk bersedia dan menyanyikan bersama-sama
lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku.

( NYANYIAN LAGU NEGARAKU )

Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Yang Berbahagia Tuan  Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.
Yang Berusaha Tn Zainal Bin Sabu, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha.
Yang Dihormati Pengetua-Pengetua, wakil wakil pengetua,
Yang Dihormati guru-guru pengiring ,  para peserta Pertandingan Pesta Muzik Daerah Tampin,
 tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Pertandingan Pesta Muzik Daerah Tampiin bagi tahun 2018 pada hari ini.
Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran  Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami dalam majlis pada hari ini . Kehadiran Yang Berbahagia Tuan jelas menunjukkan keprihatinan dan  komitmen yg tinggi daripada Tuan meskipun sibuk dengan tugas.
Yang Berbahagia tuan, tuan-tuan dan puan-puan.
Untuk makluman, sebanyak 6 kategori pertandingan telah pun dipertandingkan yang melibatkan 10 buah sekolah sepanjang hari ini yang telah menyaksikan bakat pelajar-pelajar sekolah daerah Tampin dalam pelbagai bidang kesenian. Sesungguhnya, pertandingan seperti ini mampu membantu mencungkil bakat pelajar dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan berketerampilan.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif  untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan doa.



Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tuan Pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua  SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
( UCAPAN TUAN PENGETUA )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu, Tuan Pengetua kerana  telah sudi menyampaikan ucapan. 

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput  Yang  Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan, pejabat Pendidikan Daerah Tampin  untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Pesta Muzik daerah Tampin bagi tahun 2018.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( UCAPAN YG BERBAHAGIA PPD  )

Bunga selasih di dalam taman,
Harum melati penyeri intan,
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang  Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu,  kerana telah sudi menyampaikan ucapan.
PENYAMPAIAN HADIAH  &  CENDERAMATA

Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata belian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Yang Berbahagia  Tuan, hadirin  dan hadirat .
-          Sekarang kita beralih ke  penyampaian  hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pesta Muzik Daerah Tampin 2018.

-          Untuk itu  dijemput , Yang Berusaha Tn zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato Mohd Taha menjemput, mengiringi dan mempersilakan Yang Bahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin ke pentas untuk meyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

SENARAI PENERIMA PERTANDINGAN PESTA MUZIK  (Rujuk lampiran )


PENYAMPAIAN CENDEMATA KPD PPD.
-          Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin  atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.

-          Seterusnya dijemput Yang Berusha Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan cendemata kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah.


TAMAT MAJLIS.
-          Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru-guru pembimbing dan guru-guru pengiring Pertandingan Pesta Muzik Daerah Tampin.

-          Kepada yang berjaya menjadi Johan Pertandingan, semoga anda semua mampu melakar sejarah indah membawa nama Daerah Tampin ke arah kecemerlangan.


Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.


Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara,
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Majlis menjemput Tuan Pengetua untuk mengiringi Tuan Pegawai PPD ke kantin untuk menjamu selera.

 Sekian majlis pada hari  ini. Wabillah.................


Comments

  1. If you're attempting to lose weight then you absolutely have to try this totally brand new tailor-made keto diet.

    To create this keto diet service, licensed nutritionists, fitness trainers, and top chefs have united to develop keto meal plans that are useful, decent, cost-efficient, and satisfying.

    From their first launch in January 2019, hundreds of clients have already remodeled their body and health with the benefits a great keto diet can give.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones given by the keto diet.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa