teks ucapan LDP

Bismillah…………………………….
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum w.b.k, Salam Sejahtera,  dan Salam Satu Malaysia.

            Istana dibina sebelas tingkat,
                        Raja-raja Melayu kita temukan,
            Sama kata sama sepakat,
                        Majlis Ilmu kita jayakan.


Sayang selasih di Bukit Dulang,                                
Berkepul asap dari jerami,      
Terima kasih berulang-ulang,                                     
Kerana sudi ke majlis kami.   

Mawar di taman mekar nan indah
            Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
            Selamat datang puan dirai
           


Yang Berbahagia, Puan Heng Jee Soon, SIP + PPD Tampin

Yang Berusaha Puan Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Pentadbiran.

Yang Dihormati, Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif, GPK HEM, Pn Salmiah Bt Salikin,

 GPK Kokurikulum, Barisan Ketua Bidang dan rakan-rakan guru sekalian.



Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada hari   ini kita dapat bersama-sama berkumpul dalam majis ilmu. Sebagaimana yang kita sedia maklum, majlis pada petang ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam tentang tajuk LDP hari ini iaitu Melangkah Kehadapan : Cabaran dan Amanah.  Hal ini amat bersesuaian dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang mana kita kini berada di gelombang yang ke 2. Justeru tenaga kerja pendidikan hendaklah bersama-sama mengorak langkah berganding bahu bagi mewujudkan kejasama padu kearah memacu dan melestarikan peningkatan pencapaian keberhasilan yang dihasratkan. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin yang sudi berkongsi ilmu beliau pada petang ini.

Baiklah,

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan para pahlawan,
Sudilah puan kami meminta,
Perkongsian ilmu kami nantikan

Dipersilakan Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin untuk berkongsi ilmu Melangkah kehadapan: Cabaran dan Amanah. Dipersilakan.


Tanjung keramat  tepian huma
Singgah pahlawan memetik kelapa
Banyak maklumat kami terima
Jasamu puan kami tak lupa

Terima kasih tidak terhingga kepada Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin atas perkongsian  ilmu bertajuk Melangkah kehadapan: Cabaran dan Amanah. Semoga pengisian ilmu dan tunjuk ajar puan pada hari ini memberikan kami jalan dan motivasi untuk memantapkan bidang profesionalisme perguruan.

Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Perkongsian ilmu selesai sudah,
Penyampaian cenderahati menyusul pula.

Dipersilakan Yg Berusaha Pn Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Pentadbiran untuk menyampaikan cenderahati.
Dipersilakan Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, untuk menerima cenderahati.

Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi

Jika diundang jemputlah lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa