teks ucapan majlis tilawah al-quran ( MTAQ )

Bismillah …….
Assalamualaikum w.b……
Selamat tengah hari dan selamat sejahtera

--Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas.
--Yang Berbahagia Tn.Hj.Zainuddin bin Mohd Yusof mewakili
Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau.
--Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha, merangkap Pengerusi Pengelola, Majlis Tilawah Al-Quran, Peringkat Daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan dengan tahun 2006 masihi.
-- Yang Berusaha Ustaz Suhaimi bin Mohd Isa,
Penolong Pengarah JQAF
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
-- Yang dihormati Pengetua-pengetua
-- Yang dihormati Guru - Guru Besar
-- Yang dihormati wakil-wakil Pengetua, wakil-wakil Guru Besar
-- Yang dihormati Guru-guru Pengiring, para peserta Majlis Tilawah Al-Quran, tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang dikasihi.

* Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan taufik, hidayah, dan kehendakNya jua, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin bagi tahun 1427 Hijrah bersamaan dengan tahun 2006 Masihi telah dapat dijalankan sehingga kepenghujungnya pada hari ini.
* Saya bagi pihak majlis ingin mengambil kesempatan di sini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas Komunikasi,  kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.

* Kesudian Yang Berhormat Dato’ hadir ke majlis ini menunjukkan sokongan dan kerjasama yang amat tinggi daripada Yang Berhormat Dato’ terhadap apa jua program kurikulum dan kokurikulum dalam pendidikan di daerah Tampin.

* Sama-samalah kita berdoa semoga dengan sokongan Yang Berhormat Dato’ khususnya terhadap Majlis Tilawah Al-Quran ini akan melahirkan pelajar sebagai insan yang berakhlak mulia, beriman dan bertaqwa kehadrat Allah s.w.t.

* Kehadrat Allah s.w.t kita pohon agar majlis kita pada hari ini mendapat keberkatan daripadaNya. Untuk tujuan itu saya bagi majlis menjemput dengan sukacitanya Ustaz Mubaraq bin Kahar, Guru Institut Tahfiz Al-Quran Gemencheh untuk memimpin bacaan doa, dijemput dengan segala hormatnya.

*Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mubaraq bin Kahar, Guru Institut Tahfiz Al-Quran Gemencheh yang telah sudi  memimpin bacaan doa.

* Majlis diteruskan, saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn.j.Mohd bin Md.Isa, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha Gemencheh, merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan tahun 2006 Masihi untuk menyampaikan ucapan. Dijemput dengan segala hormatnya.

* Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha Gemencheh, merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin tahun 2006. Terima kasih diucapkan.

* Sekarang, saya dengan hormat dan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut,
Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau untuk menyampakan ucapan. Dijemput dengan segala hormatnya.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut,
Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau yang telah sudi  menyampakan ucapan.

* Kini marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan seterusnya menutup rasmi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin bagi tahun 1427 Hijrah bersamaan tahun 2006 Masihi,  daripada   Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas.
Dijemput dengan segala hormatnya.



* Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas, yang telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin bagi tahun 1427 Hijrah bersamaan dengan tahun 2006 Masihi.

* Sebelum saya mengumumkan para pemenang dijemput dengan segala hormatnya Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu, dari SMK Tampin untuk memberikan ulasan daripada Jemaah Hakim berhubung dengan kelemahan dan kekuatan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin tahun 1477 Hijrah bersamaan dengan tahun 2006 masihi.

* Kini tibalah masnya kepada majlis penyampaian hadiah dan cenderahati.

*Saya bagi pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa Pengerusi Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan tahun 2006 Masihi, merangkap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, dijemput dengan segala hormatnya.

*Kita mulakan majlis dengan penyampaian cenderahati kepada Penyelaras Jemaah Hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin.
--- Dipersilakan Ustaz Ahmad Ghani bin Ahmad Zaighu dari SMK Tampin.
--- Dipersilakan Ustaz Zulhazmi bin Zakaria, juga dari SMK Tampin.
--- Akhir sekali dijemput Ustaz Hj.Abd.Rauf bin Hj.Abd.Rahman, dari SMK Bukit Jalor.

* Sekarang kita beralih keupacara penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang   : -

* Untuk makluman para hadirin dan hadirat  tiga orang peserta akan menerima hadiah saguhati manakala Johan hingga pemenang ketiga akan menerima hadiah wang tunai dan sijil.

1. Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah  ( lelaki )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan

2. Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah  ( Perempuan )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan


3. Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah  ( lelaki )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan

4. Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah ( perempuan )
Tempat keenam – dan seterusnya Johan

5. Hafaz Al-Quran Sekolah Rendah ( lelaki )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan
6. Hafaz Al-Quran Sekolah Rendah  ( perempuan )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan
*Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau yang telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

* Bagi meneruskan majlis dijemput dengan segala hormat dan sukacitanya Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa, Pengerusi Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan tahun 2006 Masihi , merangkap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, dijemput dengan segala hormatnya.

7. Hafaz Al-Quran Sekolah Menengah  ( lelaki )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan

8. Hafaz Al-Quran Sekolah Menengah  ( perempuan )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan

9. Bercerita dari kisah Al-Quran Sekolah Rendah  ( lelaki )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan

10. Bercerita dari kisah Al-Quran Sekolah Rendah(perempua)
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan

11. Syarahan Sekolah Menengah  ( lelaki )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan
12. Syarahan Sekolah Menengah  ( perempuan )
          Tempat keenam – dan seterusnya Johan
13. Diumumkan johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran sekolah-sekolah rendah :

14. Diumumkan johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran sekolah-sekolah menengah.

*Saya bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat, Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas, menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan pemenang keseluruhan sekolah-sekolah

* Dijemput dengan segala hormatnya Yang Berhormat, Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas, menerima cenderamata daripada Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut,
Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau. Dijemput dengan segala hormatnya.

* Dipersilakan pula Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut,Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau, menerima cenderamata daripada Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha Gemencheh, merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan tahun 2006 Masihi. Dijemput dengan segala hormatnya


                   Ikan terubuk ikan tenggiri
Terbang tinggi siburung  murai
Hinggap seekor di atas dahan
                             Pengacara mohon mengundur diri
                   Maaf dipohon menutup tirai
                             Kiranya bicara mengguris perasaan.

Dengan itu berakhirlah malis kita pada hari ini.

---Dijemput Yang Berhormat, Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas,

--- Yang Berbahagia Tn.Hj.Abdullah @ Mohd Nor bin Endut, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau

-- Penyelaras Jemaah Hakim
-- Pengetua-pengetua
--Guru Besar- Guru Besar

 ke majlis jamuan di Bilik ERT SMKDMT.

Manakala
-- Kepada semua Hakim
-- Guru-guru Pengiring
-- dan guru-guru SMKDMT – ke majlis jamuan di khemah yang terletak di padang SMKDMT.

Sekian wabillahitaufik, walhidayah …..assalamualikum



                   Burung merak burung kenari,
                             Terbang hinggap di kayu jati,
                   Bacalah Al-Quran setiap hari,
                             Buat bekalan di akhirat nanti.


                   Buah langsat buah longan,
                             Ikan todak ikan bilis,
                   Penyeri majlis tetamu undangan,
                             Kata diucap menutup majlis.


                   Pergi mengail ikan tongsan,
                             Umpan disambar sang buaya,
                   Peserta resah menanti keputusan,
                             Keputusan sudah ditangan saya.


                   Burung tiong burung kelicap,
                             Berkicau-kicau di dalam hutan,
                   Tiada kata dapat diucap,
                             Hanya cenderahati buat ingatan.

                   

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa