teks ucapan karnival koko

TEKS UCAPAN KARNIVAL KOKO



Bismillah……………………..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Assalamualaikum……………..  ,  Salam Sejahtera  dan Salam Sehati Sejiwa


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara


Yang Berbahagia, En Mohd  Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dao’ Mohd Taha

Yang Berusaha, Tn Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha

Yang Dihormati barisan guru penolong kanan, Ketua-ketua bidang , rakan-rakan guru dan

pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah, marilah terlebih dahulu sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah
swt. kerana dengan limpah kurnia, hidayah dan taufikNya jua, kita semua telah diberikan
 kekuatan dan kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada pagi ini,  bagi menyempurnakan  program  Karnival Kokurukulum Peringkat Sekolah bagi tahun 2019.

Saya bagi pihak majlis, terlebih dahulu mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada, Yang Berbahagia, En Mohd Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd taha kerana telah sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis pada pagi ini.





Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Karnival Kokurikulum adalah merupakan satu program yang dirancang untuk menjadi medium bagi melahirkan murid yang cerdas minda dan cergas fizikal selaras dengan harsat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang seimbang dar segi jasmani, emosi,rohani dan intelek.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa
                                               

            Dijemput dengan segala hormat, saudara Nur Arifshah Bin Rohizam untuk  memimpin bacaan doa’. Dipersilakan.


            Terima kasih diucapkan kepada  , saudara Nur Arifshah Bin Rohizam yang telah sudi memimpin bacaan doa’.

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput En Nor Amin Bin Rozzahlim, Pengurus Projek Hari Karnival Kokurikulum Tahun 2019  untuk menyampaikan ucpan. Dipersilakan.

 ”UCAPAN PENGURUS PROJEK ”

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada En Noor Amin Bin Rohzahlim, Pengurus Projek Hari Karnival Kokurikulum Tahun 2019 atas ucapan yang telah yang disampaikan.
Hendak ke seberang perahuku hanyut,
                                                            Duduk bertapa memalu gendang,
                                                Bagai senyawa nadi berdenyut,
                                                            Menanti ucapan tetamu diundang

Dijemput dengan segala hormat  Yang Berbahagia En Mohd Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini.  Dipersilakan.

“ UCAPAN  YDP PIBG SMKDMT”

Ada di kota padi linat,
                                                            Banyak ditanam untuk santapan,                               
Dalam kata ada amanat,
Dalam amanat ada harapan.


Pihak majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Mohd Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  yang telah sudi menyampaikan merasmikan majlis pada pagi ini.


Alam buana menghijau indah
Menghijau indah pohon meranti
Ucapan sudah rasmi pun sudah,
Pelbagai acara kini menanti.


Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah.................





Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa