teks ucapan LDP
Bismillah…………………………….
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani..
Assalamualaikum w.b.k, Salam Sejahtera, dan Salam Satu Malaysia.
Istana
dibina sebelas tingkat,
Raja-raja
Melayu kita temukan,
Sama
kata sama sepakat,
Majlis
Ilmu kita jayakan.
Sayang selasih
di Bukit Dulang,
Berkepul
asap dari jerami,
Terima kasih
berulang-ulang,
Kerana
sudi ke majlis kami.
Mawar di taman
mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman
pembuka kalimah
Selamat datang puan dirai
Yang Berbahagia,
Puan Heng Jee Soon, SIP + PPD Tampin
Yang Berusaha
Puan Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Pentadbiran.
Yang Dihormati,
Pn Hjh Normala Bt Mohd Sharif, GPK HEM, Pn Salmiah Bt Salikin,
GPK Kokurikulum, Barisan Ketua Bidang dan
rakan-rakan guru sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada hari ini
kita dapat bersama-sama berkumpul dalam majis ilmu. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, majlis pada petang ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan
yang lebih mendalam tentang tajuk LDP hari ini iaitu Melangkah Kehadapan :
Cabaran dan Amanah. Hal ini amat
bersesuaian dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang mana kita kini berada di
gelombang yang ke 2. Justeru tenaga kerja pendidikan hendaklah bersama-sama
mengorak langkah berganding bahu bagi mewujudkan kejasama padu kearah memacu
dan melestarikan peningkatan pencapaian keberhasilan yang dihasratkan. Pihak
sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon,
SIP+ PPD Tampin yang sudi berkongsi ilmu beliau pada petang ini.
Baiklah,
Duduk
sekawan gadis jelita,
Buat
santapan para pahlawan,
Sudilah
puan kami meminta,
Perkongsian
ilmu kami nantikan
Dipersilakan
Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin untuk berkongsi ilmu Melangkah
kehadapan: Cabaran dan Amanah. Dipersilakan.
Tanjung
keramat tepian huma
Singgah
pahlawan memetik kelapa
Banyak
maklumat kami terima
Jasamu
puan kami tak lupa
Terima
kasih tidak terhingga kepada Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin
atas perkongsian ilmu bertajuk Melangkah
kehadapan: Cabaran dan Amanah. Semoga pengisian ilmu dan tunjuk ajar puan pada
hari ini memberikan kami jalan dan motivasi untuk memantapkan bidang
profesionalisme perguruan.
Awan
bersua citra berkisah,
Ukiran
sukma kilauan kelisa,
Perkongsian
ilmu selesai sudah,
Penyampaian
cenderahati menyusul pula.
Dipersilakan
Yg Berusaha Pn Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Pentadbiran untuk menyampaikan
cenderahati.
Dipersilakan
Yg Berbahagia Pn Heng Jee Soon, untuk menerima cenderahati.
Buah
selasih buah kelubi
Di
dalam dulang hidangan pagi
Terima
kasih daun keladi
Jika
diundang jemputlah lagi.
Comments
Post a Comment