teks ucapan pibg

Rounded Rectangle: TEKS UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG
29 Mac 2017- Rabu
MASA
PERKARA
2.45  Petang

MUSTAZA















2.55 Petang

MARHIDA
Ketibaan Tetamu

Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

            Merdu suara burung kenari,
                        Pungguk menyanyi di balik tirai,
            Pohon kerjasama hadirin berdiri,
                        Lagu Negaraku pembuka tirai.

Mohon semua hadirin bersedia dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan “Lagu Negaraku” dan lagu kebesaran Negeri Sembilan.

  • Terima kasih diucapkan,  dipersilakan Yang Berhormat  dan hadirin-hadirat mengambil tempat masing-masing.

Bismillah...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Assalamualaikum..., salam sejahtera, selamat petang, dan salam sehati sejiwa.

Daun kunyit dihiris-hiris,
Daging ayam dimasak rendang,
Hadir Yang Berhormat penyeri majlis,
Pengikat kasih tetamu yang datang,

Buah duku buah rambutan,
Pisang nangka dimasak pengat,
Tuan-tuan hadir diberi sambutan,
Yang Berhormat hadir pembakar semangat.

Pergi memburu di Batu Kikir,
Istana lama lambang sejarah,
Umpama kayu di tangan pengukir,
Idea cantik seninya terserlah.


-Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia.
-Yang Berhormat Dato’ Mohd Isam b. Hj Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.

 -Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah b Hj Abu, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.
-Yang Berusaha En  Zainal Bin Sabu,
Pengetua SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh.

Yang Berusaha  En Mohd Noor Bin A.Bakar,
Yang Dipertua PIBG, SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh.
Yang Dihormati Tuan-Tuan Pengetua dan Guru Besar,
Ketua Polis Balai Gemencheh,
Barisan Pemimpin Masyarakat
Guru-guru penolong kanan,
Barisan AJK PIBG SMK Dato’Mohd Taha, Gemenceh,
Guru-guru,
Ibu bapa, penjaga dan anak-anak
Tuan-tuan dan puan-puan

“Mendidik anak supaya bercakap baik, adakah kita sebagai ibu bapa bercakap dengan baik dengan anak kita?” Petikan kata-kata daripada Imam Al-Ghazali.                                        
                                  Pantang bercakap membuang adab,
Pantang berbual membuang akal,
Pantang menegur bercakap kotor,
Pantang berkata nista menista


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana diberikan kesempatan untuk sama-sama hadir dalam majlis pada petang ini bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan guru untuk bermesyuarat bagi mencapai hasrat mencemerlangkan anak-anak dan dunia pendidikan.
Bagi pihak majlis, saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat  Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II,  kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.
 Semoga kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon mampu membakar semangat untuk kami warga SMK Dato’Mohd Taha terus cemerlang.

2.55 petang

MUSTAZA

Bacaan doa oleh Ustaz Zamsul
Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa di pohon supaya berkat

Dijemput dengan segala hormat Ustaz Mohd Zamsul b Abd Latiff untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

·         Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada   Ustaz Mohd Zamsul b Abd Latiff yang telah sudi memimpin bacaan doa sebentar tadi.

3.00 Petang

MARHIDA

Ucapan YDP PIBG

Hang Tuah pahlawan sungguh perkasa,
Takkan undur sentiasa ke depan,
Tanpa berlengah membuang masa,
Dijemput YDP  memberi ucapan.

Dijemput  Yang Berusaha En Mohd Noor Bin A. Bakar , Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

  • Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha  En Mohd Noor Bin A.Bakar, Yang Di Pertua PIBG SMK Dato' Mohd Taha yg telah sudi menyampaikan ucapan. 

3.10  Petang

MUSTAZA

Ucapan Yg Berusaha Tn Pengetua
Teguhnya sebatang pokok bergantung pada akarnya, haluan sesebuah kapal bergantung pada nakhodanya, majunya sesebuah sekolah bergantung pada pemimpinnya.  
         
            Ke kedai nyonya membeli papaya,
                        Kedai terletak di luar kota,
Pembuka kata menghurai idea,
                        Visi dan misi sekolah tercinta.

Majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha Encik Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan.
Di persilakan.

  • Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha  atas kesudian menyampaikan ucapan.

3.20 Petang

MARHIDA

Ucapan Perasmian
YB Senator Datuk Chong Sin Woon
Kalau Tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada datuk  sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami.

            Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Dato’ Mohd Taha Gemencheh  kali ke -39 dan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***
Awan berarak angin puputan,
Isi alam terasa bergegar,
Manis bicara Yang Berhormat luahkan
Moga tersemat di hati pendengar.

            Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato' kerana sudi menyampaikan ucapan perasmian.

3.30 Petang

MARHIDA























MUSTAZA



























MARHIDA
Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon.

Yang Berhormat Datuk, hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis diteruskan dengan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan bagi tahun 2018.


Bagi menyempurnakan majlis, sukacitanya dipersilakan Yang Berusaha En Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menjemput dan mengirirngi Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia  diiringi  tetamu-tetamu jemputan yang lain.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Berikut saya bacakan nama senarai penerima.

( Rujuk senarai nama )


·         Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Cong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah sudi menyempurnakan penyerahan sumbangan bantuan awal persekolahan tahun 2018.


Majlis penyampaian cenderahati

            Kalau tuan pergi ke pekan,
                        Jangan lupa membeli berangan,
Tiada madah dapat diluahkan,
                        Hanya cenderahati  buat kenangan.

-Pihak majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha En Mohd Noor Bin A.Bakar, Yang Di Pertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  untuk menyampaikan cenderahati kepada  Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian          Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.

-Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa, ADUN Kawasan Gemencheh untuk menerima cenderahati.

-Dipersilakan  Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Hj Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.



Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mohd Noor Bin A.Bakar, Yang Dipertua PIBG  SMK Dato’ Mohd Taha atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada tetamu-tetamu jemputan.


Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta


Jemputan Makan ( VVIP )


Ayu sidara pandang tak jemu,
 Budi bahasa tiada tara
 Jamuan disedia buat tetamu
Sudi kiranya menjamu selera.

Majlis menjemput Yang Berusaha En Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon dan tetamu-tetamu jemputan menikmati juadah yang telah disediakan di kantin sekolah.  Dipersilakan.



Penutup

Tuan-tuan, puan-puan, para guru, ibu bapa, hadirin dan hadirat yang dikasihi.

Sebelum saya menyerahkan majlis pada petang ini kepada Yang Di Pertua PIBG SMK Dato, Mohd Taha, saya mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk terus berada di Dewan Bestari kerana penyerahan sumbangan bantuan awal persekolahan kepada murid-murid yang layak akan dibuat sebaik sahaja Mesyuarat Agung PIBG tamat.

Sekian terima kasih.




Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa