teks ucapan hari guru peringkat daerah

MD.YASIN
Mengumumkan ketibaan YB Dato’ Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin.

Terbang tinggi si burung Kenari,
Berkicau-kicau si burung Murai,
Hadirin hadirat sila berdiri,
Lagu Negaraku pembuka tirai.

Dari Raub pergi ke Pontian,
                        Dari Pontian ke Kuala Perlis,
            Harap semua berikan perhatian,
                        Mohon saya mulakan majlis.

Bismillah…………………………….
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum w.b.k, Salam Sejahtera,  Selamat Petang dan Salam Satu Malaysia.

            Istana dibina sebelas tingkat,
                        Raja-raja Melayu kita temukan,
            Sama kata sama sepakat,
                        Hari Guru kita jayakan.

PN.NAN AYU
            Tersemat indah kerosang permata,
                        Dilingkari oleh emas suasa,
            Guru itu ibarat pelita,
                        Menyuluh cahaya setiap masa.


MD.YASIN
            Sirih gaharu dijaga amat,
                        Diikat dengan selembar benang,
            Berjerih guru memerah keringat,
                        Budi dan jasa tetap dikenang.

PN.NAN AYU
Sayang selasih di Bukit Dulang,                                
Berkepul asap dari jerami,      
Terima kasih berulang-ulang,                                     
Kerana sudi ke majlis kami.               

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk’ , tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirt yang dihormati, sebentar tadi, sebelum kehadiran Yang Berhormat Dato’, kita semua telah dihiburkan oleh kumpulan kugiran Sinar, di bawah pimpinan En.Nordin bin Sulaiman.
Terima kasih diucapkan.

MD.YASIN
Yang Berhormat Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin.

Yang Berhormat, Dato’ Zainab binti Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat merangkap, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas.

Yang Berhormat, Dato’ Mohd Kamil bin Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.

Yang Berbahagia En.Phakarudin Hj. Ghazali, Ketua Unit PPenilaian dan Peperiksaan, mewakili Yang Berbahagia, Dato’ Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK.

Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

Yang Dihormati, Pn.Darshawati binti Daud, Penolong Pegawai Daerah Pembanguan, mewakili, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Tampin.

Yang Dihormati, Tuan Supt. Wooi Kooi Siang, Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin

Yang Dihormati, En.Abdul Manaf bin Ibrahim, mewakili Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tampin.

Yang Dihormati, En Kamarulzaman bin Hj.Hasauddin, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah, Daerah Tampin,

Yang Dihormati, En.Rahshid Ahmad, Pengerusi, Majlis Guru Besar Daerah Tampin.

Yang Dihormati, Pengetua-pengetua Cemerlang,
Yang Dihormati, Pengetua-pengetua,
Yang Dihormati, Guru-guru Besar Cemerlang,
Yang Dihormati, Guru-guru Besar,
Yang Dihormati, Pegawai-pegawai dari Pejabat pelajaran Daerah Tampin.
Yang Dihormati, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jasamu Dikenang Daerah Tampin,
Yang Diraikan, Penerima Anugerah Jasamu Dikenang (pesara guru ) 2012
Yang Diraikan, Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011.
Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada petang  ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis yang amat kita sanjungi iaitu, Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tampin, di samping meraikan guru-guru di daerah Tampin yang telah menaburkan  khidmat bakti yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya, dan seterusnya menghargai guru-guru yang cemerlang perkhidmatannya sepanjang tahun 2011.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Seri, hadirin dan hadirat sekalian. Muzik Cak Lempung yang menyambut kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri, merupakan Cak Lempung dari Sekolah Kebangsaan Jelai 2 ( F ) yang terdiri daripada 11 orang murid, iaitu murid tahun 4, 5, dan 6. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Seri, Kumpulan Cak Lempung ini telah dilatih dan dibimbing oleh En.Mohd Ros bin Mohd Tahir dari Batu Kikir, yang dihantar khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Negeri Sembilan Darul Khusus. Manakala guru yang sentiasa mengiringi Kumpulan Cak Lempung ini ialah Pn.Cik Kirani binti Che Mohd Ramli. Kumpulan ini juga akan terus mengiringi majlis kita pada petang ini.

PN.NAN AYU
Ke pantai Langkawi mencari gamat,
                        Gamat disimpan di dalam peti,
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Dijemput dengan segala hormat Yang Berusaha Ustaz Rizal bin Kemis Untuk memimpin bacaan doa’.

MD.YASIN
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Rizal bin Kemis atas kesudian memimpin bacaan doa.

Bersenjatakan pena keramat,
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat,
Melangkah Sang Guru penuh semangat,
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat,
Dengan satu misi dan matlamat,
Semoga jasa guru mendapat rahmat,
Demikian sifat guru berinovatif
Kerana sememangnya
Guru Inovatif Melonjakkan Tranfomasi Pendidikan Negara

            Bunga mawar cantik berseri,
                        Air mawar direnjis-renjis,
            Tampil ke hadapan ucapan diberi,
                        Buat semua di dalam majlis.

Dijemput dengan segala hormat, Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

PN.NAN AYU
Terima  kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, yang telah sudi  menyampaikan ucapan.

            Dari Tampin ke Kuala Perlis,
                        Singgah sebentar di Kuala Langat,
            Tetamu diundang penyeri majlis,
                        Ucapan dilontar pembakar semangat.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin, untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Daerah Tampin bagi tahun 20012. Dipersilakan.



MD.YASIN
            Sungguh bercahaya bintang di awan,
                        Menerangi bumi ibarat pelita,
            Gong dipalu bergema di dewan,
                        Sebagai simbolik perasmian kita,

Dipersilakan Yang Berhormat, Datuk Seri untuk memukul gong, sebagai tanda rasminya majlis pada petang ini.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, kepada Yang Berhormat, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin, yang telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Daerah Tampin bagi tahun 2012, dan kemudiannya memukul gong simbolik kepada perasmian pada petang ini.

PN.NAN AYU

Majlis diteruskan dengan penyerahan Mock Cek.
           
Dipersilakan Yang Berbahagia En.Abdul Manaf bin Ibrahim mewakili, Pengerusi Bank Rakyat Cawangan Tampin, untuk menyerahkan Mock Cek kepada Yang Berusaha Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

MD.YASIN

Terimalah pantun lapan kerat buat wakil Pegawai Bank Rakyat


Gulai tempoyak ikan tenggiri,
                        Ikan ditangkap di lautan biru,
            Pedas rasanya cili padi,
                        Dimakan pula waktu pagi.
            Mock Cek telah diberi,
                        Mengenang jasa para guru,
            Terima kasih daun keladi,
                        Tahun hadapan sumbanglah lagi,

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Berbahagia En.Abdul Manaf bin Ibrahim yang mewakili Pengerusi Bank Rakyat Cawangan Tampin atas sumbangan yang diberikan.
           
            Anak rusa mati dipanah,
                        Mati di bawah pohon peria,
Tugas guru satu amanah
                        Ikrar dilafaz janji setia

Dipersilakan …………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………….. untuk memimpin bacaan ikrar.

Dijemput semua hadirin berdiri dan sama-sama mengikuti ikrar yang dibaca dan seterusnya hadirin dan hadirat, diminta bersama-sama dengan pasukan koir menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Warisan.

PN.NAN AYU
Terima kasih diucapkan kepada ………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………. yang telah mengetuai bacaan ikrar.
Bagi memeriahkan lagi majlis pada petang ini, kita tampilkan kumpulan koir yang akan mempersembahkan dua buah lagu iaitu lagu Guru Malaysia dan Warisan. Untuk makluman hadirin dan  hadirat sekalian, kumpulan koir ini terdiri daripada 25 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Jelai 1 ( F ), di bawah pimpinan Pn.Rosnaini binti Abdul Latif, manakala konduktor kumpulan koir ini ialah Pn.Nor Adlin Yeo binti Abdulah dan iringan muzik dikendalikan oleh En.Khuzaimi Mat Zali.
Dipersilakan.

MD.YASIN
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan koir yang menyampaikan persembahan bagi santapan telinga para hadiri dan hadirat.

            Anak raja sama menari,
                        Tarian bernama tarian dulang,            
Kerja cemerlang anugerah diberi,
                        Agar khidmat lebih cemerlang.

PN.NAN AYU
Angin menderu dengan sepoinya,
                        Di anak tangga duduk berperikan,
            Kasih guru akan muridnya,
                        Masa dan tenaga rela korbankan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
Majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin untuk  menjemput, mempersilakan dan seterusnya mengiringi Yang Berhormat, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin, untuk menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah.

KINI KITA BERALIH KE MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH JASAMU DIKENANG.

MD.YASIN
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin, atas kesudian menyampaikan Anugerah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jasamu Dikenang.

Kini kita diambang majlis.

Anak merpati disambar helang,                                 
Terbang ke titi di dalam huma,                      
Harimau mati meninggalkan belang,                          
Manusia mati meninggalkan nama.

Sebelum diumumkan Tokoh Guru Daerah Tampin bagi tahun 2011, marilah terlebih dahulu sama-sama kita menyaksikan serba ringkas biodata tokoh tersebut.

Sekali lagi, saya bagi pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin untuk  menjemput, mempersilakan dan seterusnya mengiringi Yang Berhormat, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, untuk menyampaikan Anugerah Tokoh Guru bagi tahun 2011.

Dipersilakan Dato’ Haji Azam bin Mat Atan, untuk menerima anugerah daripada  Yang Berhormat Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap, Ahli Parlimen Tampin.

            Kalau tuan pergi ke pekan,
                        Jangan lupa membeli berangan,
Tiada madah dapat diluahkan,
                        Hanya cenderamata buat kenangan.

Pihak majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, untuk menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan, Yang Berhormat Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tampin, untuk menerima cenderamata.
Terima kasih.

                Rasa syukur kami panjatkan,
                        Anugerah telah kita sempurnakan,
            Sekalung penghargaan kami hulurkan,
                        Segulung tahniah kami ucapkan.

PN.NAN AYU
            Kalau ada jarum yang patah,
                        Banyak kain tidak berjahit,
            Kalau ada silap dan salah,
                        Jangan jadikan kenangan pahit.




MD.YASIN
Harum semerbak bunga seroja
         Tumbuh merimbun pohon berangan,
Hidangan sudah di atas meja
         Mari bersama menikmati hidangan.

Dipersilakan YB-YB, hadirin dan hadirat menikmati  jamuan yang telah disediakan di luar dewan.


Sekian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa