teks ucapan majlis hari anugerah kecemerlangan pelajar

Teks Ucapan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan  Pelajar
SMK Dato Mohd Taha Peringkat Sekolah

Ketibaan Tetamu VIP
Mengumumkan ketibaan Yg Berhormat Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh merangkap Yg DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha

Perigi bertimba dibuat mandi,
Membersih diri di pagi hari,
Menimba ilmu bersungguh hati,
Agar tidak menyesal kemudian hari.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berhormat  Dato’Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh
Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.
Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha,.
Yg Dihormati  Guru- Guru Penolong Kanan.
Yg Dihormati barisan Ketua Bidang.
Yg Dihormati  Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar  peringkat sekolah bagi tahun 2010 pd pg ini.
Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran  Yang Berhormat Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh kerana telah sudi meluangkan masa utk bersama-sama dengan kami dalam majlis pada pagi yg indah ini. Kehadiran Yang Berhormat Dato’ pada pagi ini jelas menunjukkan keprihatinan dan komitmen yg tinggi dari Yg Berhormat Dato’  terhadap apa saja program yg dijalankan Sekolah.
Yang Berhormat Dato’, hadirin dan hadirat sekalian.
Hampir setahun sudah anak-anak kita berjuang menuntut ilmu, melalui pelbagai program yang diatur sekolah mahupun PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri sebagai tuntutan memenuhi proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya tibalah saat dan ketikanya untuk kami pihak sekolah member  penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan potensi dan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Mudah-mudahan penghargaan ini mampu untuk memotivasikan lagi mereka dan pelajar-pelajar lain untuk terus bersaing dan menjadi pelajar unggul dalam semua bidang sebagaimana yang dihasratkan sekolah.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat syahdu menyusun irama,
Malaysia dihati amanat disanjung,
Lagu “Negaraku”  dinyanyi bersama.

Pohon kerjasama Yg Berhormat Dato’, hadirin dan hadirat sekalian untuk bersedia bagi mendengar dan menyanyikan lagu kebangsaan, “ Lagu Negaraku”

Saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. Yg Berhormat Dato’, hadirin dan hadirat sekalian dijemput duduk.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Latif untuk memimpin bacaan doa.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mond Zamsul bin Latif yg telah sudi memimpin bacaan doa.

Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah Puan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Dijemput dgn segala hormatnya , Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha yg telah sudi menyampaikan ucapan.

Besar langit ditepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput Yg Berbahagia Tuan Hj Mad Aris Bin Azis , Pegawai Pelajaran Daerah Tampin utk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kpd Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis yg telah sudi menyampaikan ucapan. 



Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Dijemput Yg Berhormat Dato  Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh merangkap Yg DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha utk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih kpd  Yg Berhormat Dato  Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh merangkap Yg DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha yg telah sudi menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar  bagi tahun 2010.

Yang Berhormat Dato’, hadirin dan hadirat sekalian.
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis  Penyampaian Hadiah dan Anugerah kepada pelajra-pelajar yang telah berjaya menunjukkan potensi  dalam dibidang akademik, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2010.

Bagi tujuan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan hadiah dan anugerah kepada para penerima.Dipersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH DAN ANUGERAH KPD PARA PENERIMA.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon,Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para penerima. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha menjemput, mengiringi dan mempersilakan Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis Pegawai Pelajaran Daerah Tampin utk menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH DAN ANUGERAH KPD PARA PENERIMA.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para penerima. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon Pengetua SMK Dato Mohd Taha menjemput, mengiringi dan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh merangkap Yg DiPertua PIBG SMK Dato’Taha utk menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih  kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh merangkap Yg DiPertua PIBG SMK Dato’Taha kerana telah sudi menyampaikan hadiah  dan anugerah kepada para penerima. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima dan mudah-mudahan ia menjadi motivasi untuk terus berjaya.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis rasmi terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.

Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara,
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

 Pihak majlis menjemput  Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz , Yang Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon ,tetamu-tetamu jemputan,para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan utk ke kantin bagi menikmati jamuan ringan yg disediakan . Dipersilakan.

Sekian majlis pada pagi ini. Wabillah.................

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa