teks ucapan majlis perasmian bulan bahasa

Teks ucapan Majlis Perasmian Bulan Bahasa
Peringkat Sekolah 

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara


Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yg Berusaha Pn Siti Hawa Binti Abd Majid, GPK Akademik.
Yg Dihormati Tn Hj Wahab Bin Jantan, GPK Kokurikulum.
 Yg Dihormati Tn Hj Norhizam Bin Ahmad, GPK Akademik Tingkatan 6.
Yg Dihormati Ketua-ketua Bidang, rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Perasmian  Bulan Bahasa  peringkat sekolah bagi tahun 2017  pd pg ini. Hadirin sekalian, Program Bulan Bahasa merupakan salah satu program tahunan yang disambut bertujuan menyemai semangat sayang akan kepelbagaian bahasa yang dimiliki rakyat  Malaysia. Sesungguhnya kita warga Malaysia yang bertuah kerana berpeluang mempelajari pelbagai bahasa namun masih mengagungkan bahasa kebangsaan. Justeru diharapkan agar Sambutan Bulan Bahasa peringkat sekolah ini mampu menyuntik rasa bangga dan rasa tanggungjawab warga sekolah terhadap keunikan bahasa di negara kita.

Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah puan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Dijemput Yang  Dihormati Pn Hjh Noorunnisah Begam Bin Abu Bakar, Penyelaras Program Sambutan Bulan Bahasa  tahun 2017 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi  hajatnya kami

Dijemput dgn segala hormat , Yang Berusaha Pn Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Akademik   SMK Dato Mohd Taha utk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan  Bulan Bahasa Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Dipersilakan.
-          UCAPAN PERASMIAN -
Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada  Yang Berusaha Pn Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Akademik   SMK Dato Mohd Taha yg telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Bulan Bahasa Peringkat Sekolah bagi tahun 2017.

Busana kebaya bertambah indah
Cantik dipakai tidaklah hairan
Ucapan sudah rasmipun sudah
Tibalah masa gimik pelancaran

Bagi tujuan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Noorunnisah Begam Bt Abu Bakar untuk mengiringi Yang Berusaha Pn Siti Hawa Bt Abd Majid bagi merasmikan gimik pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah tahun 2017. Dipersilakan.
-          GIMIK PELANCARAN –

Puisi bahasa resam bergaya,
Berbilang kaum kita ajarkan,
Variasi bangsa rencam budaya,
...........................................kita saksikan.

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan daripada......................................................
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

-          PERSEMBAHAN PELAJAR –
-           
Tahniah dan terima kasih diucapkan.

Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat sayhdu menyusun irama,
Bahasa  dihati amanat disanjung,
Bahasa Jiwa Bangsa dinyanyi bersama

Pohon kerjasama daripada semua guru & pelajar  utk berdiri, mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu “ Bahasa Jiwa Bangsa”

Terima kasih diucapkan kepada semua.




Comments

  1. Slots - JtmHub
    Slot machines are 고양 출장마사지 a relatively new game 정읍 출장마사지 in the online gambling world today. There are 통영 출장마사지 more than a thousand 광양 출장샵 slot games in each, but the casinos ‎Best Online Slots Casinos · ‎BetMGM Casino · ‎Online 경상북도 출장샵 Slots · ‎Daft Punk · ‎Horse Racing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa