teks ucapan majlis perasmian temasya balapan dan padang
MALIS
PERASMIAN TEMASYA BALAPAN DAN PADANG, SMKDMT KALI KE - 45
MD.YASIN
-Bismillahirahmannirahim,
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
-Assalamualaikum
w.b.k, Salam Sejahtera, Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia.
-Alhamdullilah, kehadrat
Allah dipanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia, taufik dan hidayahNya,
pada hari ini dapat sama-sama kita
berkumpul bagi melaksanakan salah satu daripada dasar pendidikan negara iaitu
menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang SMKDMT kali ke-45.
Kapal
berlayar di tengah lautan,
Membawa
muatan kayu gaharu,
Hari
ini kita bersukan,
Semoga
lahir bakat baru.
SYAHRUL
Anak harimau jangan diburu,
Kelak diri jadi
sengsara,
Harus digilap si bakat baru,
Agar menjadi permata
negara.
MD.YASIN
Buah
durian buah rambutan,
Bunga
melati bunga tanjung,
Hadir
tuan kami alu-alukan,
Sokongan
tuan kami sanjung,
MD.YASIN
-
Yang Berbahagia, Tn.Hj.Hamzah
bin Abu,
Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.
-
Yang Berusaha, Pn.Heng Jee
Soon,
Pengetua
Kanan, SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh.
-
Yang Dihormati En.Mazlan bin
Yusof,
Yang Dipertua PIBG, SMKDMT
-
Yang Berusaha, Tuan Haji Mohamad Isa bin Hj.Wahab
Guru Penolong
Kanan Akademik, SMKDMT
-
Yang Berusaha, En.Zainordin bin
Abu Bakar,
Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SMKDMT
-
Yang Berusaha, En.Kew Chee Kim
Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, SMKDMT
-
Yang Berusaha, Tn.Hj.Norhizam
Ahmad,
Guru Penolong Kanan
Tingkatan Enam.
Yang Dihormati
Ketua-ketua Bidang,
Yang Dihormati
Ahli Jawatankuasa PIBG yang sempat hadir,
Yang Dihormati
ibu-ibu dan bapa-bapa yang sempat hadir
Yang Dihormati,
Ahli Jawatankuasa, Kejohanan Balapan dan Padang, SMKDMT bagi kali ke-45,
Yang Dihormati
rakan-rakan Guru,
dan seterusnya
para pelajar yang dikasihi.
Bagai
pungguk rindukan bulan,
Duduk termenung di tepi beranda,
Bersukan
patut jadikan amalan,
Sihat
diri cerdas minda.
SYAHRUL
Ikan
keli ikan haruan,
Mari
mengail di tepi muara,
Kalungan
pingat jadi buruan,
Melakar
nama di pentas juara.
MD.YASIN
Pagi hari memasang lukah,
Lukah
di pasang di tepi paya
Tangan
dihayun kaki melangkah,
Berjalan
seiring segak bergaya.
MD.YASIN
Pembuka tirai
majlis pada pagi ini ialah perbarisan lintas hormat oleh pasukan-pasukan rumah
sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang, SMKDMT kali
ke-45.
SYAHRUL
Majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berbahagia, Tn.Hj.Hamzah bin Abu, Pegawai Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, untuk menerima tabik hormat.
Tuan-tuan,
puan-puan, hadirin dan hadirat yang dikasihi perbarisan lintas hormat diketuai
oleh Saudara AMIRUL AIMAN BIN NORIZAN diikuti di belakang beliau ialah SAUDARA
CHONG JUN HONG, pembaca ikrar kejohanan, diikuti oleh pembawa-pembawa bendera
Malaysia dan seterusnya kontinjen perbarisan rumah-rumah sukan.
1.
KELISA
2.
PERDANA
3.
WAJA
4.
SATRIA
5.
ISWARA
Terima kasih
diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Hj.Hamzah Abu, Pegawai pelajaran,
Pejabat Pelajran Daerah Tampin, yang telah sudi menerima tabik hormat
NEGARAKU
MD.YASIN
Laju biduk
dilayarkan,
Bukit gunung tempat pendakian,
Mari bersama
kita nyanyikan,
Lagu
Negaraku lagu Kebangsaan.
DOA’
SYAHRUL
Dari desa pergi ke kota,
Membeli
sekilo udang galah,
Bagi memberkati majlis kita,
Dipanjatkan
doa’ kehadrat Allah.
Dijemput dengan
segala hormat Ustaz Mohd Zamsul bin Latif untuk memimpin bacaan doa’.
UCAPAN
MD.YASIN
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd
Zamsul Latif atas kesudian memimpin bacaan doa’.
Dini
hari mendayung sampan,
Seluas
lautan tanpa jemu,
Mengukir
kata menyampai ucapan,
Meraikan
hadirin serta tetamu,
Dijemput dengan
segala hormat, Yang Berusaha, Pn.Heng Jee Soon, Pengetua Kanan, SMKDMT untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
SYAHRUL
Pihak majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha, Pn.Heng Jee Soon,
Pengetua Kanan, SMKDMT yang telah sudi menyampaikan ucapan.
Orang
Jawa sibuk berbicara,
Berjalan
ke pekan berkain pelekat,
Disusun
diatur pelbagai acara,
Medan
atlet menonjolkan bakat.
Kanak-kanak
pergi ke jeti,
Pergi
ke jeti memikat burung,
Bicara
tetamu dinanti-nanti,
Agar
atlet gagah bertarung.
Pihak majlis
dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia, Tn.Hj.Hamzah bin Abu,
Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, menyampaikan ucapan dan
seterusnya mengistiharkan pembukaan rasmi, Kejohanan Balapan dan Padang, SMKDMT
kali ke-45 dibuka dengan rasminya. Dipersilakan.
MD.YASIN
Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu,
Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, atas kesudian menyampaikan
ucapan dan seterusnya megisytiharkan pembukaan rasmi, Kejohanan Balapan dan
Padang, SMKDMT kali ke-45.
Sebagai tanda
taat setia kepada peraturan dan undang-undang pertandingan dijemput dengan
segala hormat saudara Chong Jun Hong untuk mengetui lafaz ikrar kejohanan.
Dipersilakan.
SYAHRUL
Terima kasih
diucapkan kepada saudara Chong Jun Hong yang telah mengetuai lafaz ikrar
kejohanan.
Sebagai tanda
simbolik perasmian pada pagi ini, dijemput Puan Heng Jee Soon untuk menjemput,
mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia, Tuan Hj.Hamzah bin Abu, memotong reben bagi menurunkan banting
perasmian kejohanan balapan dan padang, SMKDMT kali ke-45.
Perbarisan akan
beredar meninggalkan padang.
MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG, SMKDMT
KALI KE-45
KONTINJEN
BERBARIS MASUK KE DALAM PADANG
MENGUMUMKAN
KETIBAAN YANG BERHORMAT TUAN MOHD ISAM BIN MOHD ISA, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
KAWASAN GEMENCHEH.
Bismillah……………….
Dengan nama
Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Assalamualaikum………………..,
salam sejahtera, selamat petang, dan salam muhibah.
Bersih
beras tidak berantah,
Diisi
di dalam karung guni,
Tugas
guru bukannya mudah,
Di
kelas di padang sama diharungi,
Tegak
berdiri pohon belimbing,
Manis
rasanya buah kuini,
Semua atlet perlu dibimbing,
Agar
menjadi jaguh disegani.
-
Yang Berhormat, Mohd Isam bin
Md.Isa,
Ahli
Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.
-
Yang Berbahagia, En.Mazlan bin
Latif,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Pejabat Pelajaran Daerah
Tampin,(Teknik dan Vokasional)
Mewakili
Yang Berbahagia, Tuan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.
-
Yang Berusaha, Pn.Heng Jee
Soon,
Pengetua Kanan, SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh.
-
Yang Dihormati En.Mazlan bin
Yusof,
Yang Dipertua PIBG, SMKDMT
-
Yang Berusaha, Tuan Haji Mohamad Isa bin Hj.Wahab
Guru Penolong
Kanan Akademik, SMKDMT
-
Yang Berusaha, En.Kew Chee Kim
Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, SMKDMT
-
Yang Berusaha, Tn.Hj.Norhizam
Ahmad,
Guru Penolong Kanan
Tingkatan Enam.
Yang Dihormati
Ketua-ketua Bidang,
Yang Dihormati, Ahli
Jawatankuasa, Kejohanan Balapan dan Padang, SMKDMT bagi kali ke-45
Yang Dihormati
rakan-rakan Guru,
dan seterusnya
para pelajar yang dikasihi.
Tuan-tuan dan
puan-puan, marilah terlebih dahulu sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat
Allah s.w.t, kerana kerjasama dan sokongan semua pihak kita telah dapat menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang, SMKDMT kali ke-45. Syabas
dan tahniah diucapkan kepada para atlet yang telah mengambil bahagian dalam
Kejohanan Balapan dan Padang, SMKDMT kali ke-45.
Majlis dimulakan
dengan perbarisan masuk ke padang oleh pasukan-pasukan rumah sukan.
Terbenam
mathari di kaki langit,
Sinarnya
hilang tidak bermaya,
Dua
tangan menadah ke langit,
Mengucap
syukur atas nikmatNya.
Sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah s.w.t atas kelebihan yang
dikurniakan kepada kita semua iaitu cuaca yang mengizinkan dan para atlet dapat
bertanding dengan jayanya mengikut jadual yang telah direncanakan marilah
sama-sama kita memanjatkan doa kehadratNya.
Dijemput dengan
segala hormat Ustaz Mohd Zamsul Latif untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih
diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul Latif, yang telah sudi memimpin bacaan doa.
Tumbuh sederet pokok ara,
Pohon meranti tinggi subur,
Tak
manis tak berbicara,
Menyanjung
budi sudah ditabur.
Dijemput dengan
segala hormat, Yang Berusaha, Pn.Heng Jee Soon, Pengetua Kanan, SMKDMT untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan
Pihak majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha,
Pn.Heng Jee Soon, Pengetua Kanan, SMKDMT yang telah sudi menyampaikan ucapan.
Tanam
mengkudu di tepi muara,
Dilingkari
dengan pagar besi,
Tamatlah sudah semua acara,
Ucapan
penutup jadi saksi.
Dijemput Yang
Berhormat, Tuan Mohd Isam bin Md.Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Gemencheh untuk menyampaikan ucapan dan Merasmikan
Penutupan, Kejohanan Balapan dan Padang SMKDMT kali ke-45. Dipersilakan.
Pihak majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat,
Mohd Isham bin Md.Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh atas
kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi, Kejohanan Balapan
dan Padang SMKDMT kali ke-45.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH.
Seterusnya dijemput Yang Berusaha Pn.Heng Jee Soon,
Pengetua Kanan, SMKDMT untuk menjemput, mempersilakan dan mengiringi Yang
Berhormat, Mohd Isham bin Md.Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang, dipersilakan…..
Cantik berseri
bunga melati,
Dapat
dilihat di tengah pekan,
Tiba
masanya sa’at dinanti,
Johan
rumah saya umumkan.
Pihak Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Mohd Isa, Ahli Dewan Undanga Negeri
Kawasan Gemencheh kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Dipersilakan Puan Heng Jee Soon, Pengetua Kanan,
SMKDMT untuk menyampaikan cenderamata :
Dipersilakan Yang Berhormat, Tuan Mohd Isam bin Mohd.Isa,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh untuk menerima cenderamata.
Seterusnya dijemput En.Mazlan Yusof – YDP PIBG, SMKDMT
Dijemput En.Rajenderan a/l Perumal
Dijemput En.Anuar Ali
Pihak Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Mohd Isa, Ahli Dewan Undanga Negeri
Kawasan Gemencheh kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Baju
kebaya dibeli di pekan,
Itulah
baju kebudayaan kita,
Nyanyian
1 Murid 1 Sukan,
Menutup
tirai majlis kita.
Comments
Post a Comment