teks ucapan majlis sambutan bulan kemerdekaan

Teks ucapan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia
Peringkat Sekolah tahun 2017
Hidup subur pohon baiduri
Banyak dilihat di luar kota
Berarak masuk bendera negeri
Megah berkibar kebanggaan kita.

Perarakan masuk pembawa bendera

Negara merdeka sudah bertahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 60 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera, salam sehati sejiwa.
Yg Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha,
Yang Dihormati Pn Siti Hawa Bt Abd Majid, Guru Penolong Kanan Akademik
Yg Dihormati En, GPK HEM. Mohd Fadhil Bin  Abd Aziz, Guru Penolong Kanan HEM
Yg Dihormati  Tn Hj Abd Wahab Bin Jantan, GPK KoKurikulum
Yg Dihormati Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia Peringkat Sekolah tahun 2017 pada pagi yang mulia ini.
Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan kebangsaan  pada tahun ini.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif untuk memimpin bacaan doa.
Bacaan doa
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan
doa.



Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah puan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Dijemput Yang  Dihormati Pn Hjh Norzila Ahmad, Penyelaras Program  Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi  tahun 2017  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan Penyelaras
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Pn Hjh Norzila Ahmad, Penyelaras Program  atas kesudiaan menyampaikan ucapan.

Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tuan pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tuan Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar,  Pengetua  SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah bagi tahun 2017.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Ucapan Tn Pengetua
Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Tuan Hj  Murtaza  Bin Hh Abu Bakar atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Kini tibalah masanya ke acara kemuncak Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017
( Baca teks )

Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat sayhdu menyusun irama,
Malaysia dihati amanat disanjung,
Lagu patriotik dinyanyi bersama

Pohon kerjasama semua guru dan murid untuk menyanyikan bersama-sama lagu-lagu patriotik iaitu lagu  Warisan & Jalur Gemilang”.


 Terima kasih diucapkan kepada semua.
Majlis rasmi terlaksana sudah,

Semoga tercapai matlamat dicita. Sekian terima kasih.

Comments

  1. ASSALAM, MINTA IZIN UNTUK SALIN. MOGA DIBERKAHI OLEHNYA ATAS SEGALA USAHA TN/PN.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa