teks ucapan persaraan

TEKS UCAPAN PERSARAAN TN HJ BADARUDDIN HJ DAHLAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.

Hadirn dan hadirat sekalian,
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan diiringi............................................................dgn paluan kompang.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon,Pengetua SMK Dato’Mohd Taha untuk mengiringi  Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin bagi menyempurnakan Simbolik Penghargaan “Jasamu Dikenang Baktimu Ditagih” . Dipersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis untuk menyampaikan setangkai bunga telur kepada guru-guru yang diraikan pada hari ini.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan, guru yang akan bersara untuk menerima bunga telur sebagai simbolik pengahargaan. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan......
  1. En Sekar a/l M.Ponnusamy
  2. En Mohd Shahnum Md Yusof
  3. En Puspha Kumar a/l Subramaniam
  4. En Mohd Rizal Bin Mohd Arshad
  5. En Mohd Rosli Bin Hamzah
  6. En Mohd Firdaus Bin Ghazali
  7. Cik Norhazrina Bt Ibrahim
  8. Cik Norhayati Bt Aziz
  9. Cik Nurul Afida Bt Mustafa
  10. Cik Nurul Shafikah Zamri
  11. Cik Nurzamzarina Md Yassin
  12. Cik Syazwani Radzi
  13. Cik Zainun Mohd Aris

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “ Jasamu Dikenang Baktimu Ditagih” sempena persaraan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan dan kehadiran guru-guru baru yang memulakan khidmat  di SMK Dato’ Mohd Taha bagi tahun 2011.

Bismillah...............................
Assalamualaikum W.B.T.

Yang Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin

Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha

Yang Dihormati En Rajendran A/L Perumal, Naib Yg DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha.

Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan, guru yang akan bersara.

Yang Diraikan guru-guru yang baru berkhidmat di SMK Dato Mohd Taha bagi tahun 2011

Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan, Ketua-Ketua Bidang, Barisan

 guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri



Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat syahdu menyusun irama,
Lagu Negaraku sentiasa disanjung,
Mari nyanyikan bersama-sama.

Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku .

Terima kasih dan para hadirin dijemput duduk.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Zamsul Bin Abdul Latif.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif atas kesudian memimpin bacaan doa itu tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dijemput dengan sukacitanya saudari Nurul Aisyah Binti Yahya wakil pelajar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari NUrul isyah Bt Yahya atas kesudian menyampaikan  ucapan itu tadi.



Terbang di awan burung jentayu
Diatas papan batang selasih
Dipersilakan Wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Bersama ucapan pengikat kasih.

Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Rajendran a/l Perumal, Naib Yg DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan pengahargaan terima kasih kepada En Rajendran a/l Perumal,Naib Yg DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

Dini hari mengail ikan
Dapat seekor ikan haruan,
Dari Tuan Pengetua kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput dengan segala hormatnya Yg Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pn Heng Jee Soon yg telah sudi menyampaikan ucapan.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Tn Hj Mad Aris Bin Azis, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin yg telah sudi menyampaikan ucapan.


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir di SMK Dato’ Mohd Taha.Kata orang “tak kenal maka tak cinta” . Jadi moleklah kiranya sama-sama kita dengarkan bacaan biodata Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan yang akan dibacakan oleh.............................
Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada.....................atas kesudian membacakan biodata insan yang kita raikan hari ini.Begitulah sejarah perjalanan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan sebagai guru.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan pelajar-pelajar tingkatan 1 dibawah bimbingan Pn Syahrul Bahariah Ariffin dan Cik Norhayati Aziz  sempena persaraan Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.





Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin dan hadirat sekalian, selesai sudah semua persembahan. Namun masih
ada yang tidak lengkap jika kita tidak mendengar ucapan dari insan yang kita
raikan pada hari ini. 
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn Hj
 Badaruddin Bin Hj Dahlan,  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kapal berlabuh ditepi jeti,
Bunga cina di dalam taman,
Amanat didengar disemat dihati,
Sepanjang hayat jadi pedoman.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan  atas kesudian menyampaikan ucapan.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat




Burung tempua di atas dahan,
Dahan jatuh dihimpap rotan,
Setiap pertemuan ada perpisahan,
Hadiah diberi tanda ingatan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat guru  yang akan bersara pada hari ini iaitu Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan dengan diiringi Tuan pengetua untuk menerima cenderamata. Dipersilakan.

Dipersilakan ...................................................

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas tingkatan 1

Dipersilakan wakil daripada kelas tingkatan 2

Dipersilakan wakil daripada kelas tingkatan 3

Dipersilakan wakil daripada kelas tingkatan 4

Dipersilakan wakil daripada kelas tingkatan 5

Dipersilakan wakil daripada kelas tingkatan 6


Seterusnya Majlis mempersilakan .............................. untuk menyampaikan cenderamata daripada ......................................

Dipersilakan .............................. untuk menyampaikan cenderamata daripada ......................................

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan, guru yang akan bersara.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon,Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha mengiringi Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Majlis juga ingin mengucapkan selamat bersara kepada Yang Diraikan Tn Hj Badaruddin Bin Hj Dahlan  dan semoga bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian bersama-sama keluarga tersayang.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu Dikenang Baktimu Ditagih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa