TEKS UCAPAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

Teks Ucapan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2019  Peringkat Sekolah

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh.

Bahagia meniti indah disanjung,
Mengerat syahdu menyusun irama,
Lagu negaraku sentiasa disanjung,
Mari nyanyikan bersama-sama

Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk bersedia dan menyanyikan bersama-sama
lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing.

Perigi bertimba dibuat mandi,
Membersih diri di pagi hari,
Menimba ilmu bersungguh hati,
Agar tidak menyesal kemudian hari.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara




Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Yang Berbahagia En Mohd Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha,
Yg Berusaha  Tuan Zainal Bin Sabu , Pengetua SMK Dato Mohd Taha.
Yang Dihormati Pn Siti Hawa Bt Abd Majid, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Dihormati Pn Salmiah Bt Salikin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Barisan AJK PIBG,
Guru-guru, tuan-tuan dan puan- puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn
limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Hari Anugerah
 Kecemerlangan Pelajar SMK Dato Mohd Taha peringkat sekolah  tahun 2019 pada pagi ini. Saya
bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran semua
tetamu kerana telah sudi meluangkan masa utk bersama-sama dengan kami dalam majlis pada pagi
yang bermakna  ini . Kehadiran semua tetamu dan para ibu bapa serta penjaga pada pagi ini jelas
menunjukkan keprihatinan dan  komitmen yg tinggi daripada semua demi meraikan kejayaan anak-
anak pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Hadirin dan hadirat ,
Setahun sudah pelajar-pelajar SMK Dato’ Mohd Taha  mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sebagai tuntutan untuk menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Maka, hari ini tibalah masanya untuk pihak sekolah memberikan penghargaan sebagai motivasi untuk mereka terus berjaya dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Kejayaan mereka hari ini sebenarnya berkat daripada keprihatinan dan doa ibu bapa  serta didikan para guru yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar.



Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif  untuk memimpin bacaan
doa.Dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan doa.

Dini hari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Tuan Pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu , Pengetua  SMK Dato Mohd Taha untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN TUAN PENGETUA

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kpd Yang  Berusaha Tuan
Zainal Bin Sabu  yang telah sudi menyampaikan ucapan. 

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia En Mohd Noor Bin Abu Bakar,
Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN ( EN MOHD NOOR BIN ABU BAKAR, YDP PIBG )
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En
Mohd Noor Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd  yang telah sudi menyampaikan
Ucapan dan merasmikan Majlis Hari Kecemerlangan Akademik Tahun 2019 pada pagi ini.

Duduk si dara tepian jeti
Bergurau senda santapan pengat
Kini masa dinanti-nanti,
Hadiah diberi pembakar semangat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
Sekarang kita beralih ke  penyampaian hadiah   kepada para pelajar yang telah menunjukkan
 kecemerlangan dalam bidang masing-masing sepanjang tahun ini.

Bagi tujuan itu, dijemput dgn segala hormat, Yg Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK
Dato Mohd Taha menjemput, mengiringi dan mempersilakan Yg Berbahagia En Mohd Noor Bin
Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  utk  menyampaikan hadiah   kepada para
penerima. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan senarai..............................................................................................
·         SENARAI PENERIMA AKADEMIK PT3, SPM DAN STPM 2018 – 59 ORG
·         SENARAI PENERIMA PELAJAR TERBAIK AKADEMIK MENGIKUT KELAS – 99 0RG
( RUJUK SENARAI PENERIMA )



Tahniah diucapkan kepada para penerima, majlis seterusnya menjemput Tuan Pengetua untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yg Berbahagia En Mohd Noor Bin Abu Bakar, atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para Penerima.

CENDERAHATI KEPADA YDP
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan cenderahati.
.....................................................................................................................................................................................
 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 diteruskan.
Majlis menjemput Yang Dihormati Puan Siti Hawa Bt Abd Majid, GPK Pentadbiran  untuk
mengiringi En Suresh a/l.............................................Naib Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha
 ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

·         SENARAI PENERIMA KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS -177 ORG
( RUJUK SENARAI PENERIMA )

Tahniah diucapkan kepada para penerima, majlis seterusnya menjemput Pn Siti Hawa Bt Abd Majid untuk menyampaikan cenderahati kepada En Suresh a/l..........................,NYDP PIBG , atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.

CENDERAHATI KEPADA NYDP
Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Hawa Bt Abd Majid atas kesudian menyampaikan cenderahati.

....................................................................................................................................................................................
 Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Pn Salmiah Bt Salikin, GPK Kokurikulum SMK Dato’ Mohd Taha untuk menjemput dan mengiringi.....................................................................AJK PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  bagi menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

·         SENARAI PENERIMA KEHADIRAN PENUH – 124 ORG
( RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA )
Tahniah diucapkan kepada para penerima, majlis seterusnya menjemput Pn Salmiah bT Salikin untuk menyampaikan cenderahati kepada...............................................................AJK PIBG , atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.

CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
Terima kasih diucapkan kepada Pn Salmiah Bt Salikin  atas kesudian menyampaikan cenderahati.
........................................................................................................
Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati En Hishamuddin Bin Talib, Ketua Bidang Teknik & Vokasional SMK Dato’ Mohd Taha untuk menjemput dan mengiringi.....................................................................AJK PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  bagi menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

·         SENARAI PENERIMA JOM KE SEKOLAH – 7 ORG
·         SENARAI PENERIMA ANUGERAH TERATAK IMPIAN – 6 ORG
·         SENARAI ANUGERAH KOKURIKULUM – 79 0RG
( RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA )

Tahniah diucapkan kepada para penerima, majlis seterusnya menjemput En Hishamuddin Bin  Abu Talib untuk menyampaikan cenderahati kepada...............................................................AJK PIBG , atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.

CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
Terima kasih diucapkan kepada  En Hishamuddin Bin Talib atas kesudian menyampaikan cenderahati.
........................................................................................................
Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Pn Meenachi a/p Ponniah, Ketua Bidang Bahasa SMK Dato’ Mohd Taha untuk menjemput dan mengiringi.....................................................................AJK PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  bagi menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

·         SENARAI PENERIMA ANUGERAH PEMIMPIN MUDA PENGAWAS – 10 ORG
·         SENARAI PENERIMA ANUGERAH PEMIMPIN MUDA PRS – 10 ORG
·         SENARAI PENERIMA ANUGERAH PEMIMPIN MUDA PSS – 10 ORG
( RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA )
Tahniah diucapkan kepada para penerima, majlis seterusnya menjemput Pn Meenachi a/p Ponniah untuk menyampaikan cenderahati kepada...............................................................AJK PIBG , atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.

CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
Terima kasih diucapkan kepada  Pn Meenachi a/p Ponniah  atas kesudian menyampaikan cenderahati.
........................................................................................................
Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Pn Hajah Salbiah Binti Mohamad , Ketua Bidang Kemanusiaan  SMK Dato’ Mohd Taha untuk menjemput dan mengiringi.....................................................................AJK PIBG SMK Dato’ Mohd Taha  bagi menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

·         SENARAI PENERIMA PELAJAR TERBAIK AKADEMIK MENGIKUT TING – 7 ORG
·         ANUGERAH SAHSIAH TERBAIK 2019 – 5 ORG
·         ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM ( INDIVIDU ) – 9 ORG
·         ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM ( KUMPULAN ) – 47 ORG
 ( RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA )

Tahniah diucapkan kepada para penerima, majlis seterusnya menjemput Pn Hajah Salbiah Bt Mohamad  untuk menyampaikan cenderahati kepada...............................................................AJK PIBG , atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima.

CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
Terima kasih diucapkan kepada  Pn Hajah Salbiah Bt Mohamad   atas kesudian menyampaikan cenderahati.
........................................................................................................

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Tumbuh meliar merata-rata,
Majlis kini terlaksana sudah,
Semoga tercapai matlamat dicita.


            Bunga dedap diatas para,
            Anak dusun pasang pelita,
            Kalau tersilap tutur bicara,
            Jemari disusun maaf dipinta.

Sekalung tahniah kepada semua penerima pada hari ini. Semoga suntikan semangat ini mampu
memotivasikan anda semua untuk terus gigih mencapai kejayaan demi masa depan yang lebih
cemerlang. 

Seterusnya , majlis menjemput Yg Berusaha Tuan Pengetua  dan tetamu-tetamu jemputan utk
 menikmati jamuan ringan yg disediakan . Dipersilakan. Sekian majlis pada pagi ini.

Wabillah........

Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa