teks ucapan majlis karnival peringkat negeri

TEKS UCAPAN MAJLIS KARNIVAL B.INGGERIS SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019

Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.

Yang Berbahagia Puan Zainab Bt Abu Kassim, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan


            Merdu suara burung kenari,
Pungguk menyanyi di balik tirai,
            Pohon kerjasama hadirin berdiri,
            Lagu Negara ku pembuka tirai.

Mohon  para hadirin bersedia untuk bersama-sama menyanyikan  lagi negaraku.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Terima kasih diucapkan,  dipersilakan Yang Berhormat  dan hadirin-hadirat mengambil tempat.


Bismillah…………………………….
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum w.b.k, Salam Sejahtera,  dan salam sehati sejiwa.

Melati kuntum tumbuh melata,
            Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
            Saya sembah pembuka bicara



            Istana dibina sebelas tingkat,
                        Raja-raja Melayu kita temukan,
            Sama kata sama sepakat,
                        Karnival Bahasa kita jayakan.


Yang Berbahagia , Tn.Hj.Hamzah bin Hj.Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin mewakili Yang Berbahagia Dato’ Hj Pkharuddin Bin Haji Ghazali,Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Yang Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu,Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha, merangkap Pengerusi Pengelola Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019.

Yang Berusaha Puan Zainab Bin Abu Kassim, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
ATAU

 Yang Berusaha En Abd Halim Bin A. Hamid, Penyelia Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Yang Dihormati, Pengetua-Pengetua, Wakil Pengetua, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan & Pejabat Pendidikan  Daerah Tampin, Ahli Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi Teknik Peringkat Negeri dan Daerah, Para  Hakim, guru-guru dan pelajar-pelajar.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada hari   ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi
menjayakan majlis  Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019.  Yang Berbahagia Tuan, hadirin dan hadirat, Karnival Bahasa Inggeris yang telah  berlangsung selama 2 hari iaitu pada 29 dan 30 April 2019 telah  berjaya membentuk dan melahirkan keterampilan pelajar berbicara dengan petah dengan menggunakan bahasa Inggeris. Malah secara tidak langsung menyerlahkan keyakinan diri dan sekaligus memberi peluang kepada peserta untuk menjadikannya pengalaman berharga dalam mengharungi cabaran akan datang.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Dijemput dengan segala hormat  al fadil   Ustaz  Mohd Zamsul  Bin Abd Latiff untuk memimpin bacaan doa’. Dipersilakan.
BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada al fadil  Ustaz  Mohd Zamsul  Bin Abd Latiff atas kesudian memimpin bacaan doa.

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Dijemput dengan segala hormatnya Yang Berusaha Tn Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN TUAN PENGETUA/PENGELOLA

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha yang telah sudi menyampaikan ucapan.


Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dijemput dengan segala hormat, Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin mewakli Yang Berbahagia Dato’ Hj Pkharuddin Bin Hj Ghazali, Pengarah Jabatan Pendidikan N.Sembilan untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Majlis Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2019.
Dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

Terima  kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin  yang telah sudi  menyampaikan ucapan dan menutup rasmi majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN HADIAH

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.




Majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha, Tuan Zainal Bin Sabu untuk  menjemput, mempersilakan dan seterusnya mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin  untuk menyampaikan  sjjil dan hadiah kepada pemenang. Dipersilakan.


Majlis penyampaian sijil dan cenderamata dimulakan dengan menjemput :

1) En Ganesh a/l Balakrishnan, Pengerusi Teknik Karnival Bhs Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri bagi tahun 2019, dipersilakan.



Yang Berbahagia Tuan, hadirin dan hadirat, seterusnya keputusan rasmi  Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2019.

( 1 )      Kita mulakan dengan Pertandingan Puclic Speaking

Senarai penerima saguhati  ; dipersilakan………………
( ikut senarai penerima )

Tempat ketiga dimenangi oleh…………………dari…………….
Naib Johan dimenangi oleh…………………….dari……………
Johan dimenangi oleh…………………………..dari……………


( 2 )      Seterusnya kita beralih ke Poetry Recitation

Senarai penerima sijil saguhati ; dipersilakan………………….
( ikut senarai penerima )

Tempat ketiga dimenangi oleh…………………dari…………….
Naib Johan dimenangi oleh…………………….dari……………
Johan dimenangi oleh…………………………..dari……………


( 3 )      Keputusan Pertandingan Scrabble

Senarai penerima sijil saguhati  ; dipersilakan……………………..
 ( ikut senarai penerima )

Tempat ketiga dimenangi oleh…………………dari…………….
Naib Johan dimenangi oleh…………………….dari……………
Johan dimenangi oleh…………………………..dari……………


( 4 )      Seterusnya keputusan Pertandingan Choral Speaking

Baiklah, sebelum saya umumkan keputusan, ingin saya maklumkan bahawa Johan Pertandingan Choral Speaking yang akan diumumkan sebentar lagi, diminta bersedia untuk membuat persembahan diakhir majlis nanti.

Senarai penerima saguhati ; dipersilakan wakil …………………………………….
( ikut senarai penerima )

Tempat ketiga dimenangi oleh…………………dari…………….
Naib Johan dimenangi oleh…………………….dari……………
Johan dimenangi oleh…………………………..dari……………

Konduktor Terbaik bagi Pertandingan Choral Speaking dimenangi oleh…………dari……


 ( 5 )     Keputusan Pertandingan Debate

Senarai penerima sijil saguhati ; dipersilakan …………..
( ikut senarai penerima )

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh…………………dari…………….
Naib Johan dimenangi oleh…………………….dari……………
Johan dimenangi oleh…………………………..dari…………

Pembahas Terbaik bagi Pertandingan  Debate dimenangi oleh………dari………


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia  Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu Bakar atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima.

Kalau tuan pergi ke pekan,
                        Jangan lupa membeli berangan,
Tiada madah dapat diluahkan,
                        Hanya cenderamata buat kenangan.

Pihak majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha, Tn Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha   untuk menyampaikan cenderamata.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Dipersilakan Yang Berbahagia, Tn Hj Hamzah Bin Hj Abu,  untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha atas kesudian menyampaikan cenderamata.

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Majlis kini  selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Majlis mempersilakan Johan Pertandingan Choral Speaking Karnival B.Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2019 dari…………….untuk membuat persembahan. Dipersilakan.
               
PERSEMBAHAN PELAJAR

Tahniah dan Terima kasih diucapkan kepada pasukan Choral Speaking dari…………………………..

Rasa syukur kami panjatkan,
                        Majlis telah kita sempurnakan,
            Sekalung penghargaan kami hulurkan,
                        Segulung tahniah kami ucapkan.


Terbang sekawan si burung merbuk,
            Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
            Santapan kasih juadah mesra.
Majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Zainal Bin Sabu, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Yang Berbahagi Tuan Haji Hamzah Bin Haji Abu dan tetamu VIP untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Dipersilakan.




Comments

Popular posts from this blog

Teks ucapan majlis perpindahan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan

teks ucapan kejohanan merentas desa