teks ucapan majlis pelancaran program kem membaca 1 malaysia & one nation reading
Teks ucapan Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia & One Nation Reading Together Peringkat Sekolah Tumbuh melata si pucuk paku, Diambil oleh dara berlima, Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku, Kita nyanyikan bersama-sama. Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri,mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Terima Kasih, dipersilakan hadirin dan hadirat duduk. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Pn Heng Jee Soon, Pengetua SMK Dato Mohd Taha, Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah ... Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita ...